::Pengalaman Aku::


       Emm.. disini aku ingat berkongsi sedikit pengalaman yg tak dapat dilupakan sampai bila-bila dan mungkin akan menjadi sejarah dalam hidup aku. tarikh 3/07/2009 Jumaat jam 01.30pg. Aku, sahabat aku(tk perlu aku sebutkan namanya disini) serta ayah dan seorang hamba Allah telah datang kerumah untuk membuang benda (tak perlu aku sebutkan disini) di sebuah rumah dimana sebelum ini sering menggangu anak aku dan ini telah merungsingkan fikiran aku sendiri. Untuk sekian kalinya kami berempat telah masuk ke dalam rumah tersebut dan seolah-olah seperti dalam drama seekers pulak rasanya. Keadaan rumah itu agak gelap dan kami hanya bergantung dengan sebatang lilin sahaja. Untuk pengetahuan, rumah tersebut telah lama tidak berpenghuni dan sekarang berpenunggu. Waktu itu mmg tak dapat aku nk gambarkan macam mana keadaan di dalam rumah tersebut dan aku hanya mampu beristigfar dan membaca ayat kursi sahaja walaupun masa tue aku telah dibekalkan dgn surah yassin . Suasana pada waktu itu terlalu sunyi sepi dan jam menunjukkan pukul 2.00pagi , semua jiran tetangga sedang dibuai mimpi-mimpi indah manakala kami berempat berada dalam rumah tersebut!! tujuan kami memasuki rumah itu adalah untuk menghalau ‘benda’  dan kalau boleh selepas ini tiada gangguan terhadap keluarga aku. Didalam rumah tersebut kami bertiga telah dijadikan umpan!!  untuk membawa keluar benda tersebut dari bumi ini.. manakala hamba allah ini(orang yang berilmu) memanggil benda tersebut dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran. Kalau difikirkan semula macam tak percaya je dibuatnya tapi mmg kenyataan!! kita sebagai makhluk tuhan harus percaya dengan ketentuan tuhan, kejadiannya dan dia lebih mengetahui setiap apa yang diciptakannya di bumi ini dan setiap perkara-perkara yang berlaku semuanya telah ditentukan kejadiannya walaupun berada dizaman moden ini!!. kami bertiga telah diasingkan kedudukan masing-masing dimana aku ditempatkan di sebuah bilik besar (bilik utama), manakala ayah aku dibilik kedua bersebelahan dengan aku, manakala seorang lagi ditempat  di bilik ketiga dan cuba bayangkan dalam keadaan bilik yang gelap-gelita dan sunyi, aku hanya mampu beristighfar kepada Allah!! dan membaca ayat kursi sambil mata aku pejam rapat-rapat dan ketika itu  tidak perasan berapa kali aku beristighfar dan membaca ayat kursi!! semasa hamba allah ini memanggil benda tersebut, macam-macam bunyi pelik kedengaran seperti orang membaling batu, bunyi almari terbuka dan bermacam-macam lagi  yang aku dengar dan tak tahu nak cakap ape masa tu. Seingat aku, kira -kira 10 minit juga lamanya…pergh.. dan ketika itu bulu roma aku meremang naik menegak dan  seolah-olah benda itu berada didalam bilik tempat dimana aku berada!!  dan seolah-olah bergerak mengelilingi belakang aku dan ketika tu badan menggigil, namun aku tetap teruskan apa yang telah dibaca tadi. Setelah setengah jam berlalu akhirnya aku dipanggil keluar dari bilik tersebut setelah berjaya menghalau keluar benda itu melalui tingkap yang telah terbuka luas.

Alhamdulilah setelah selesai semuanya, kami pun keluar dari rumah tersebut dan gangguan  telah dapat dipulihkan. Itu adalah sedikit pengalaman yang dapat dikongsi bersama. kalau diikutkan aku nie penakut jugak orangnya kalau dipikirkan hendak  je cabut lari waktu itu, tapi berkat ketabahan dan mahu memulihkan semangat anak aku, aku teruskan juga sehingga dapat menghalau benda tersebut dari dalam rumah tersebut. Alhamdulilah..

 

3 thoughts on “::Pengalaman Aku::

  1. ni psl ape ni fzl..
    aku msih gak tk m’gerti m’genai rmh tu?
    di mn lokasinya.
    update bg details ckt blog ni blh tk??
    aku baca tp msh gak ‘blur’
    hrp hang dpt m’bantu.

Leave a reply to ijalida Cancel reply