Windowsblinds- Mengubah wajah windows dgn sekelip mata


Adakah anda mahu antaramuka perisian Windows 95/98 anda kelihatan seperti sebuah Macintosh? Jika ya anda boleh dapatkan perisian yang dipanggil Windowblinds. Windowblinds adalah sebuah perisian tambahan (plugin) yang membolehkan anda mengubah rupabentuk serta antaramuka tetingkap Windows 95/98 anda kepada sebarang rupa yang berlainan daripada asal.

Antaramuka ini dinamakan sebagai personaliti atau skin dan boleh diubah-ubah menurut kehendak anda. Sebuah skin hendaklah mempunyai sebuah set ikon, bebutang dan warna yang tersendiri. Semua set ini dibina dengan menggunakan bitmap (.bmp) dan ia boleh dibina oleh sesiapa sahaja asalkan menurut piawai yang telah ditetapkan oleh Stardock Inc. iaitu pengeluar perisian ini.

Contoh Interface windows blinds

Contoh Interface windows blinds

 

  Pada permulaannya terdapat sembilan jenis skin untuk anda gunakan iaitu Elegant 99, BePC, BrokenWindows, MacPC, NextPC, Object Desktop, SimpleRemix, Warp4PC dan WBManiall. Anda boleh mendapatkan skin tambahan daripada laman-laman Web seperti http://www.windowblinds.net, http://www.betanews.com/contest, http://www.skinz.org dan http://www.customize.org. Setiap skin yang dipindah terima adalah dalam bentuk fail ZIP dan boleh dimuatkan ke dalam Windowblinds menerusi tetingkap konfigurasi Windowblinds.Anda juga boleh menentukan jenis fon yang hendak anda gunakan pada WindowBlinds menerusi tetingkap konfigurasinya. Selain itu anda boleh memilih jenis bitmap yang hendak anda gunakan sebagai latarbelakang tetingkap. Anda juga boleh menambah bitmap latarbelakang itu dengan sebarang grafik yang anda mahu.

WindowBlinds juga membolehkan anda menentukan jenis personaliti bagi setiap aplikasi yang berlainan. Dengan adanya keupayaan ini anda tidak akan berasa bosan kerana setiap perisian mempunyai rupabentuk yang berbeza antara satu sama lain. Contohnya perisian Word akan menggunakan skin Elegant 99 dan perisian Excel pula menggunakan skin BePC.

Versi terkini Windowblinds adalah 0.95 dan keupayaannya yang bakal ditingkatkan berdasarkan kepada kehendak serta komen pengguna Windowblinds. Antara ciri-ciri terbaru WindowBlinds ialah perubahan pada scrollbar, sokongan “alpha blending” dan menggunakan skima warna yang lebih terperinci.

Ciri-ciri terbaru Windowblinds : stabil, berkeupayaan tinggi, tambahan skins, keupayaan skins menurut aplikasi, tetingkap konfigurasi WindowBlinds, kurang menggunakan sumber daripada Windows 9x, rutin pemasangan yang baru, bar tajuk yang beranimasi dan skin meliputi seluruh tetingkap.

WindowBlinds boleh digunakan dengan sistem pengoperasian Windows 95/98/NT, dan masih dalam perancangan untuk Windows2000. Anda boleh pergi ke www.windowblinds.net atau www.stardock.com untuk memindah terima perisian Windowblinds.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: