:: Peringatan buat suami dan isteri::


Betapa mulianya kedudukan isteri disisi Allah dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yg tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yg akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, tapi sayangilah mereka.

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim, kerana dia bekerja dengan Allah. Jadi “kilang” manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sebahyang, tetapi Allah nilai diwaktu itu dia bersembahnyang yang terbaik.
Cuti bersalin pun dapat sehingga 60 hari (Swasta) dan 90 hari (Kerajaan). So para ibu sekalian, susukanlah anak itu dan si suami pulak, jangan la berebut dengan anak untuk menyusu pulak. Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi cuti yang Allha beri, sebab dia bekerja dengan Allah.

Tapi ingat, bila dah habis cuti tu, layanlah suami pula. ” Offer””lah pada suami. Jangan buat alasan itu dan ini pulak. Tolong ingatnyer para isteri semua!! kata nak pahala lebih, maka berilah khidmat pada suami lebih-lebih.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahnyang. Sembahyang wajib bagi seorang lelaki bermula dari baligh sehingga habis nyawanya. Tiada sebarang alasan untuk mereka “ponteng” sembahnyang.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Apabila lahir sahaja bayi itu ke dunia seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Allah beri kepada wanita. Jadi kenapa perlu takut nak beranak? marilah kitapegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan dia terus masuk syurga. Untuk orang bukan islam, dia tak dapat masuk syurga tapi allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua, wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri akan dapat pahala sama, tetapi dosa-dosa suami pula, isteri tak terbabit dan perlu tanggung. Untungnya kan jadi isteri?
Diakhirat nanti, seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahal extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tidak disedarinya. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah dimasjid atau ke majlis ilmu dan bersedekah, maka ganjaran pahala dari Allah keatasnya adalah sama jua seperti suaminya dapat.

Bila isteri melihat suaminya di titian Sirat, dia x mahu masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia bolehmemberi pahalanya kepada suami untuk suaminya turut masuk syurga. Didunia  pula, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh membantu. Tambahan lagi di akhirat, kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami, maka dia tk layak untuk dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak di didik DENGAN AGAMA, MEMBIARKAN PERKARA YANG MUNGKAR DILAKUKAN, maka suami akan tanggung dosa-dosa tersebut, malah ditambah lagi dengan dosa yang lain.

Oleh itu dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah, agar tidak derhakadenganNYA. Ingat wahai para wanita muslimin, keutamaan kamu ialah:-

i. Taat segal perintah Allah & Rasul

ii. Taat pada suami.

iii. Kemudian baru taat pada yang lain-lainya.

Ingat taat pada suami adalah keutamaan nombor 2 dalam hidup anda sebagai seorang isteri. Maka taatilah suami selagimana perintah suami tidak bercanggah dengan syariat Allah s.w.t.

” Wahai para suami lihatlah isterimu dengan penuh kasih sayang sebagaimana detik pertama hari diijabkabulkan.. semarakkan terus ia sehingga isterimu hanya melihat dirimu hanya untuknya. Tetapi berniatlah semua itu kerana Allah”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: