:: Penggunaan Dakwat Kekal & Tatacara mencalit dakwat kekal::


Dakwat-kekal

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Dalam bahang pilihan raya umum ke-13, yang akan diadakan bila-bila masa sahaja, masih ramai rakyat Malaysia keliru dengan maksud penggunaan dakwat kekal yang akan digunakan buat pertama kali. Pemilih berdaftar yang ditemui penulis secara rambang umumnya menyangka dakwat kekal adalah suatu alat yang akan digunakan bagi menanda kertas undi pada hari pengundian nanti.

Antaranya seorang penjawat awam, Khairunila Khalid, 50, berkata beliau berpendapat penggunaan dakwat kekal itu merujuk dakwat pen yang akan digunakan untuk menanda kertas undi berbanding pensil yang digunakan sebelum ini.

Berkongsi pandangan sama, seorang eksekutif perhubungan pelanggan, Noor Ain Isaak, 26, yang akan mengundi buat pertama kali: “Saya ingat dakwat kekal ini digunakan untuk menanda kertas undi supaya undi itu tidak boleh diubah.”

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika ditemui Bernama baru-baru ini menjelaskan penggunaan dakwat kekal merujuk calitan di atas jari telunjuk tangan kiri pengundi, yang tanpa calitan dakwat berkenaan kertas undi tidak dikeluarkan kepadanya.

Beliau menegaskan pengunaan dakwat kekal adalah satu langkah mengelakkan pengundian berulang seperti yang didakwa sesetengah pihak, bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan proses pengundian.

“Sebelum ini banyak tohmahan dan fitnah terhadap SPR mendakwa ada pengundi Malaysia mengundi lebih daripada sekali walaupun selama ini tidak pernah dibuktikan.

“Bagaimanapun, SPR ambil tindakan atas syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya) untuk gunakan dakwat kekal ini dicalit pada jari pengundi sebelum kertas undi dikeluarkan,” katanya.

Penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 yang diwartakan Februari tahun lepas.

Abdul Aziz menegaskan setiap pengundi berdaftar yang mahu mengundi mesti dicalit dakwat kekal sebelum kertas undi diberikan kepada mereka termasuk pengundi awal tetapi tidak melibatkan pengundi pos.
“Kalau tiada jari telunjuk, ada cara lain. Yang penting ada tanda dakwat kekal. Bila dah calit barulah namanya diteriak dan kertas undi diberikan. Kalau kata tak mahu calit, beri macam-macam hujah pun kita tak akan beri kertas undi,” katanya.

Mengulas perkara itu, beliau berkata seseorang pengundi yang masuk ke pusat mengundi mestilah menunjukkan jari-jari tangan yang bersih kepada kerani pengundian bertugas terlebih dahulu sebelum menyerahkan kad pengenalan, dan namanya disebut untuk membolehkan kertas undi dikeluarkan.

“Inilah kali pertama penggunaan dakwat kekal. Kita harap tiada masalah. Kita dah buat latihan dan ia tak makan masa lama kerana dakwat kekal ini cepat kering,” katanya.

Menurut poster SPR, tatacara mencalit dakwat kekal adalah seperti berikut:

* Dakwat kekal dicalitkan pada jari telunjuk kiri pengundi, atau

* Mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri

* Jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri

* Mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan, atau

* Dicalit pada hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari.

Memandangkan terdapat dua jenis pengundi iaitu pengundi awal dan pengundi biasa, Abdul Aziz berkata SPR akan menggunakan dua jenis dakwat yang berbeza daripada aspek ketahanannya.

“Bagi pengundi awal, dakwat akan tahan lebih lama. Kita tak mahu tuduhan kata orang yang sama ini akan mengundi lagi sebagai pengundi biasa. Untuk undi biasa, kita ada dakwat kekal berlainan warna.

“Dakwat kekal ini tidak boleh ditiru. SPR akan edarkan ke pusat-pusat pengundian sekali dengan peralatannya seperti berus dan pelapik jari berserta kertas undi dan kotak kertas undi pada petang hari sebelum mengundi,” jelasnya.

Abdul Aziz berkata penggunaan dakwat itu bukan sahaja mendapat kelulusan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan tidak menjejaskan kesihatan atau mempunyai kesan sampingan, malah turut mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 11 Jan 2012 memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum adalah harus dan dibenarkan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat itu tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

Penggunaan dakwat kekal pernah dicadang untuk digunakan pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 tetapi dibatalkan atas nasihat perundangan serta aspek ketenteraman dan keselamatan awam. — Bernama

Tatacara Mencalit Dakwat Kekal

Tatacara Mencalit Dakwat Kekal | Terdapat pelbagai isu mengenai penggunaan dakwat kekal yang akan digunakan tidak lama lagi untuk pilihan raya umum nanti. Sebelum ini admin telah berkongsi berkaitan isu Hukum Penggunaan Dakwat Kekal Ketika Pilihan Raya Dalam Islam.

Hari ini admin berkongsi berkaitan dengan tatacara mencalit dakwat kekal. Para pengundi hendaklah mengambil tahu hal ini dan amat penting. Berikut merupakan tatacara penggunaan dakwat kekal.

Tatacara-Mencalit-Dakwat-Kekal

Tatacara Mencalit Dakwat Kekal :
1. Dakwat kekal dicalitkan pada jari telunjuk kiri pengundi, atau
2. Dakwat kekal dicalitkan pada mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri, atau
3. Dakwat kekal dicalitkan pada jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri, atau
4. Dakwat kekal dicalitkan pada jari mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan, atau
5. Dakwat kekal dicalitkan pada hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari

Di harap Info tersebut dapat memberi pengetahuan dan sedikit sebanyak dapat menjawap segala persoalan.

berjumpa lagi…

 

 

 

::Wanita..Akal Senipis Rambutnya::


Wanita :::: Akal Senipis Rambutnya….

Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita…dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman… Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya… Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi… Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan… Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah… Wanita yang lupa hakikat kejadiannya… Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan… Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus… Bahkan akan semakin membengkok… Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa mencipta segalanya… Bila wanita menjadi derhaka… pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara…. Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata… Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan… Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi, selamatkan dan sempurnakanlah dirinya… Dekatkan dirinya kepada Allah SWT… Nescaya akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat dibawah pimpinanmu… Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’ Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali K.W.

:: Mutiara Kata ::


Katakanlah (wahai muhammad) jika bapa bapa kamu , dan anak anak kamu dan saudara saudara kamu dan isteri isteri kamu (atau suami suami kamu)dan keluarga keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan kamu yang kamu bimbang akan merosot dan rumah rumah tempat tinggal yang kamu sukai , Jika (semuanya itu) menjadi perkara perkara yang kamu cintai lebih dari allah dan rasulnya dan (daripada) berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehingga allah mendatangkan keputusannya(azab siksanya) kerana allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang orang yang fasik (derhaka).. Surah at taubah ayat 24

::Muhasabah Diri PAgi Jumaat::


Dipagi hari jumaat, sayyidul ayyam( penghulu segala hari)ini, ingin saya mengajak semua pembaca ternmasuk diri ini berMUHASABAH diri seketika.

Mari kita baca 14 perkara dibawah dan renung-renungkanlah…

1. Yang singkat itu “WAKTU” … Tapi kenapa masih ramai yang mensia-siaknnya?
2. Yang menipu itu ” DUNIA” … Tapi kenapa masih ramai yang sukakanya?
3. Yang dekat itu ” KEMATIAN”… Tapi kena masih ramai yang tak buat persiapan untuk menghadapinya?
4. Yang besar itu ” KHAWA NAFSU” .. Tapi kenapa masih ramai yang tidak mengawalnya?
5. Yang berat itu “AMANAH”… Tapi kenapa masih ramai yang berebut-rebut mahu memikulnya?
6. Yang Sulit itu ” IKHLAS” … Tapi kenapa masih ramai yang tidak cuba mendapatkannya?
7. Yang mudah itu ” BERBUAT DOSA”.. Tapi kenapa masih ramai yang tidak menghindarinya?
8. Yang “SUSAH” itu “SABAR”.. Tapi kenapa masih ramai yang tak merasai kepentingan dan bermujahadah dalam menahan perasaan?
9. Yang sering lupa itu “BERSYUKUR” … Tapi kenapa masih ramai lagi yang kufur?
10. Yang membakar amal itu “GHIBAH”(mengumpat).. Tai kenapa masih ramai yang menjadikannya hobi, mengumpat sana,sini.
11. Yang mendorong ke neraka itu “LIDAH”.. Tapi kenapa masih ramai yang bermulut lazer, bercakap bohong dan berkata dusta? atau mengata orang?
12. Yang berharga itu “IMAN”.. Tapi kenapa masih ramai yang tidak tidak berusaha mendaptkannnya?
13. Yang mententeramkan hati itu “TEMAN SEJATI”… Tapi kenapa masih ramai yang suka cari musuh dari cari teman sejati?
14. Yang ditunggu Allah SWT itu “TAUBAT” hambanya.. Tapi kenapa masih ramai yang tidak sedar diri.. Berasa dirinya sudah cukup baik?

Ingatlah, tujuan kita hidup atas dunia yg sementara ini. Maut pasti menjelma,Sentiasa tanya diri:- ” Apakah kita sudah bersedia menghadapinya”?

:: Lelaki kena kahwin 3 baru ok?::


Sekadar untuk berkongsi cerita suka-suka dan hiburan semata…

Seorang suami sedang mencari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.
Husband :- Lelaki kawin 3 baru lah SAH.
Wife:- Kenapa pula?
Husband:- Cuba wak terjemahkan ke dalam bahasa inggeris, “satu is one, “dua” is two dan “tiga” is three(isteri). Haa, baru betul dan sah!
Wife:- Tapi abang kena paham grammer bahasa inggeris, terutama tentang:singular” dan “plural”. ” kalau dua , ia adalah plural”
Husband:- Berkenaan apa tu?
Wife:- Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “plural”.
Husband:- Contohnya?
Wife :- Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. kalau 2 kereta, jadi “Two Cars” sebagai plural. Nampak tak bezanya?
Husband:- Ohh… tambah huruf “s” untuk yang pluralkan?
Wife:- Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.
Husband :- Macam mana pula boleh sama?
Wife :- Satu ister adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural bang. Maka tambahkan saja “S”. Abang MAMPUS lah kalau nak dua atau lebih 1 isteri.
Selepas dari perbualan itu, sisuami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya.. huhuhu.
Cerita dihantar oleh: Tok Fakeh.

:: 20 Tips Murah Rezeki ::


Salam..

Dibawah ini disertakan tips-tips untuk murah rezeki. Selamat membaca dan beramal.

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapaDalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada AllahSyukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

🙂

:: Selamat Menyambut Bulan Ramadan::


Salam.

Dah lama tak masuk entry nih..

tak terlewat mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al- Mubarak dan dikesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap atau terkasar bahasa kepada sesiapa yg mengenali diri ini. 

Dibawah ini disertakan Matlamat berpuasa.

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA.” (Al Baqarah: 183)

Image

Erti taqwa secara mudah ialah melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah. 

Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.

Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada perintah Allah.

Allah berfirman maksudnya “Yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa.” (Al-Hujurat : 13)