Kecurian Identiti dalam Internet


Dalam Internet, terdapat beberapa kegiatan tidak sihat. Antaranya ialah kejadian kecurian indentiti. Ia merupakan jenayah yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di mana mereka mencuri data peribadi dan kemudian membuat pembelian dengan menggunakan nama orang lain. Penjenayah terbabit mungkin memohon dan menerima kad kredit atas nama orang lain, atau menipu identiti dengan menyakinkan penjual dalam talian bahawa dia adalah pemilik sebenar sesuatu data. Penjual tersebut akan menjual produk itu dan kos dikenakan kepada orang lain.

Kejadian sebegini akan menyusahkan anda yang terbabit dan bakal memusnahkan nama baik, rekod kad kredit yang baik dan menyebabkan anda menghadapi masalah kewangan yang tidak sepatutnya. Kita faham bahawa kejadian kecurian data peribadi bukan sahaja terjadi dalam ruang siber, malah dalam kehidupan sebenarpun kejadian ini berlaku.

 

Di sini digariskan beberapa aktiviti anda dalam talian dengan menggunakan Internet yang boleh menyebabkan data-data peribadi anda dicuri. Semoga ia menjadi panduan dan diharapkan berhati-hati mendedahkan maklumat penting semasa melaksanakan urusan melalui Internet. Namun begitu, bukanlah Internet itu tidak boleh dipercayai langsung dan aktiviti pembelian serta perdagangan elektronik (e-dagang) tidak dapat dilaksanakan. Sudah terdapat beberapa penyelesaian keselamatan yang digunakan oleh banyak pedagang elektronik. Pastikan setiap laman web e-dagang mengemukakan ciri keselamatan terkini sebelum anda membuat pembelian. Jika tidak yakin, sila hubungi pengendali laman web, dan dapatkan kepastian dari meraka.

Pembelian dalam talian

Jika pelayan di restoran boleh mencuri nombor kad kredit anda semasa menyiapkan sesuatu pesanan, demikian juga orang yang tidak bertanggungjawab dalam Internet yang dinamakan cracker boleh mencuri kad kredit daripada laman web yang tidak selamat. Hadkan pembelian dalam talian anda hanya dari laman web yang menggunakan piawai keselamatan terkini, seperti penggunaan SSL (Secure Socket Layer), iVEST dan tandatangan digital. Laman web yang menggunakan SSL boleh dilihat berbentuk begini: https://www. (seperti perkhidmatan dalam talian JARING di https://www.online.jaring.my). Sementara iVEST adalah produk tempatan terkini (www.ivest.com.my) dan tandatangan digital pula adalah penyelesaian seperti mana yang dikemukakan oleh Digicert Sdn Bhd (www.digicert.com.my).

Borang pendaftaran

Penjenayah juga dapat mengenali anda dengan menyediakan laman web berbentuk peraduan, menawarkan sampel percuma, atau pendaftaran bagi dimasukkan dalam senarai mel. Sebaik sahaja anda mengisi data-data peribadi dalam borang dalam talian yang disediakan, mereka akan mempunyai maklumat mengenai diri anda. Tidak mengejutkan bahawa ramai orang tidak mengisikan borang secara jujur, dan menipu dalam memberikan nombor telefon. Jika anda was-was, jangan isikan semuanya dengan maklumat benar mengenai diri anda. Sedikit penipuan mungkin dapat menyelamatkan diri dari digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selalunya keperluan mengisi borang ini juga diperlukan oleh laman web yang menyediakan perkhidmatan percuma.

Penjejakan dengan menggunakan cookies

Cookies merupakan peralatan yang digunakan oleh laman web bagi mengesan pergerakan Internet anda dalam laman web mereka. Dengan merekodkan apakah maklumat yang anda minati dan apakah yang anda beli, pedagang akan mula mengenali diri anda dan minat pembelian. Wujud implikasi baik dan buruk dari cookies ini. Dalam satu keadaan, pedagang akan mengetahui apa jenis iklan untuk dipaparkan dan pilihan produk manakah bagi ditawarkan kepada anda.

Jika anda membaca rencana mengenai kecantikan serta penjagaan diri, laman akan memaparkan iklan pemidang dari penjual produk dan penyedia perkhidmatan penjagaan diri. Mereka tidak bazirkan masa anda dengan lain-lain iklan yang tidak anda minati. Kebaikan di sini ialah anda akan dapat mencari maklumat yang diminati dengan pantas. Dalam satu sudut yang lain, privasi anda telah diceroboh. Seseorang telah mengetahui sesuatu mengenai diri anda, walhal anda tidak menginginkan demikian.

Pedagang yang menjual maklumat peribadi anda

Adakah anda mendedahkan maklumat peribadi kepada laman yang menawarkan produk atau perisian percuma? Pemberian maklumat ini boleh diterima sekiranya mereka berjanji tidak akan jualkan maklumat anda kepada pihak lain secara wewenangnya. Sebelum mengisi borang dalam talian, pastikan anda membaca ‘disclaimers’ atau pernyataan penyangkalan dari penyedia laman web tersebut. Jika mereka tidak mempunyai pernyataan ini, dinasihatkan jangan mengisi borang yang disediakan walaupun tawaran dirasakan sangat menarik dan berguna kepada diri anda. Selalunya jika pihak penyedia laman web benar-benar ingin berurusan secara telus, pernyataan penafian ini disertakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: