:: Audit Luar ::


EMM.. Hari ini 19/04/2017 ada Audit luar datang ke Opis untuk Checking Stock secara Random..

Aku & the gang dah prepare awal-awal lagi. Untuk makluman audit dtg ke company apabila nak closed account.Mereka datang hanya untuk checking Documentation dan Checking Stock sahaja.

Insyaallah Mudah-mudahan berjalan dengan lancar..

download

:: Lelaki kena kahwin 3 baru ok?::


Sekadar untuk berkongsi cerita suka-suka dan hiburan semata…

Seorang suami sedang mencari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.
Husband :- Lelaki kawin 3 baru lah SAH.
Wife:- Kenapa pula?
Husband:- Cuba wak terjemahkan ke dalam bahasa inggeris, “satu is one, “dua” is two dan “tiga” is three(isteri). Haa, baru betul dan sah!
Wife:- Tapi abang kena paham grammer bahasa inggeris, terutama tentang:singular” dan “plural”. ” kalau dua , ia adalah plural”
Husband:- Berkenaan apa tu?
Wife:- Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “plural”.
Husband:- Contohnya?
Wife :- Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. kalau 2 kereta, jadi “Two Cars” sebagai plural. Nampak tak bezanya?
Husband:- Ohh… tambah huruf “s” untuk yang pluralkan?
Wife:- Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.
Husband :- Macam mana pula boleh sama?
Wife :- Satu ister adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural bang. Maka tambahkan saja “S”. Abang MAMPUS lah kalau nak dua atau lebih 1 isteri.
Selepas dari perbualan itu, sisuami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya.. huhuhu.
Cerita dihantar oleh: Tok Fakeh.

:: Cuti Sekolah + Levis ::


Salam.

Cuti sekolah sudah pun bermula tapi cuma hanya seminggu sahaja. Hari ini Isteri dan anak-anak balik ke kampung halaman di Kelantan tanpa aku.

Minggu ini dekat seminggu aku kena bertugas di Shah Alam termasuk hari sabtu. Planning asal nak balik kampung tak jadi ye la last-last minute punya arahan. Tapi tak mengapa aku doakan mereka selamat sampai ke kampung.  oh ye isteri dan anak-anak aku pulang ke kampung dengan menaiki bas jam 9.30 pagi tadi.

Ye la biarla mereka berjumpa dengan tok Pa dan tok Ma rindu sesangat dah tu.. dan aku (padan muka).

takpela mungkin cuti akan datang aku akan pulang ke kampung bersama mereka.

Memandangkan seminggu ni aku dok sorang-sorang dan apa aktiviti yang perlu aku buat yek? mesti bosan punya. nak keluar sorang-sorang rasa tak biasa pulak (boring tahap gaban) entahlah nanti aku pikirkan..

Cadang nak pergi Jaya Jusco je coz malam tadi aku dan isteri ke sana pi beli Netbook untuk anak saudara (ibunya kirim suruh belikan) selain handbag ( dekat 3 hand bag isteri aku beli) less 80% dan aku ternampak la kasut levis ( mmg mantap) cadang nak beli je masa tuh.. tp gaji tak masuk lagi.. emm.. maybe hari ini aku  cadang nak ke JJ nak beli dan memandangkan JJ ada less sampai 9 Jun 2012  harga nya RM 199.00 less than 20% ( ada offer).

Dibawah ini aku sertakan gambar untuk tatapan semua mana tahu berkenan nanti.

aku attachkan tak banyak pun ada la beberapa keping gambar tp kalau nak beli korang pergi saja di shopping kompleks yang berdekatan dgn rumah.

::Ape-apejela::


Salam…

Lama juga tak jenguk blog aku nih, last update tahun lepas. Sekarang dah masuk tahun 2012. Alhamdulilah Anak yang sulung pun dah masuk 3 tahun 4 bulan dan yang bongsu 1 tahun 2 bulan. Pejam celik dah besar mereka dan umur pun dah semakin meningkat.

alhamdulilah rezeki yg telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada hambanya ini dan semoga rezeki akan terus bertambah lagi.

Buat pembaca blog saya pasti tertanya-tanya kenapa blog telah lama tidak diupdate?? yang pasti jawapannya sibuk dan tak sempat update.. tapi tak mengapa selepas ini saya akan rajin-rajinkan update blog ini..

Apa yang semua tahu isu-isu yang terdapat di Malaysia ini terlalu panas dgn Politik dan PRU13   yang akan tiba tak lama lagi dan ramalannya dijangka sengit pada tahun ini selain perhimpunan mahasiswa yg dah masuk 6 hari berkumpul di Dataran Merdeka. So kita sebagai rakyat Malaysia yg rasional dan semangat berkobar2 befikir sebelum mengundi dan pastikan Malaysia akan Aman dan Sejahtera hendaknya.

Ok tak?? Macammana plak boleh tersentuh bab politik ini??  tapi takpe biasa je intro.. ok tak?

Sebenarnya, takde ape nak cerita cuma biasalah isu2 yang sedang melanda Malaysia mahupun yang berlaku di luar sana.

Cuti sekolah pun tak lama lagi hujung bulan 5 dan cadang nak balik kampung merehatkan fikiran dan badan yg letih ini atau pun bercuti ditempat yang menarik dan menenangkan.. kat mana tuh.. Tunggu je la.. Kena planning dulu sebelum bercuti dan banyak benda nak prepared sebelum bercuti hehe..

Cadang nak ke Langkawi seronok gaks.. dah lama tak ke sana ada dekat 4 tahun jugak last pergi masa mula-mula kahwin.. anak-anak dh besar dan cerdik dah.. so senang sikit  nak bergerak..

Emm.. jumpa lagi selepas ini.. saya akan coretkan cerita-cerita lain..

Assalammualaikum.

:: Selamat Hari Raya::


Pejam celik dah 6 hari kita beraya. Banyak makan nih ketupat rendang dan bermacam juadah dh makan dgn nasi dagang, pergh..

Aku bertolak ke kampung hari jumaat lagi, waktu tengahari aku bertolak pulang ke kelantan. Balik key ell hari Jumaat pagi seronok berada di sana. Sepanjang perjalanan ke kampung halaman isteriku hujan turun dengan lebatnya tapi alhamdulilah sampai juga di kampung. Kebiasaannya dikampung sambutannya  sederhana tapi meriah dengan keluarga sebelah isteriku yang semuanya pulang beraya. Cuaca ? walaupun panas terik dan petang hujan dengan lebatnya tp tula tak boleh nak ke mana2 coz keadaan cuaca yg tak menentu dan kedua2 anakku demam so kesian juga pada mereka.

Jumaat pagi, aku dan family bertolak pulang ke key ell dan jalan tak payah cakapla memang sesak dengan kenderaan so selamat sampai di key ell jam 430pm.

Besok hari bekerja, walaupun cuti panjang tp seronok.. ok la kengkawan kita stop dahulu takat ini. adios.

 

: Cuti Sekolah :


Salam..

Bertemu kembali.

Memandangkan cuti sekolah telah bermula, so malam ini aku dan keluarga akan berangkat pulang ke kampung di Kelantan tetapi sebelum itu kami akan bermalam di rumah nenek sebelah ayah di Padang Rengas, perak dan keesokan harinya baru bertolak terus ke Kelantan.

Anak aku pasti seronok coz dapat jumpa tok Ma @ tok Pa dia di kampung. ye la duk kt sini main sorang2 je & kalau di kampung boleh berkawan dan bermain dengan anak buah isteri so takdela boring dia.. Aniq pun dah 2 tahun manakala eesya baru 2 bulan lebih itupun dah mula nak meniarap dah. Kemungkinan hari isnin baru kami akan bertolak pulang ke Bangi coz aku ambil cuti isnin & selasa sahaja.

Kalau sempat kami akan bercuti di kelantan..

:: Sudah Lama ::


Salam..

Soryla kengkawan coz dh lama tak update blog..

Korang nak tahu sebabnye??

i. Aku eksiden selepas pulang dari tempat kerja

ii. Terlalu sibuk dengan kerja di opis

iii. Kebiasaanya aku akan update blog time after office hour ( itu pun kalau ade masa )

iv. Sibuk dengan final exam yang baru sahaja habis.. alhamdulilah..

v. yang terakhir kat umah takde broadband ataupun Internet..

So itu antara sebabnya aku tk update blog.. hehe.

P/s: kena selalu update blog..