Apakah Itu WI-FI?


Wi-Fi adalah singkatan bagi Wireless Fidelity – Istilah yang diberikan secara rasmi oleh WECA (Wireless Ethernet Compatability Alliance). Ia digunakan bagi mendefinisikan sebarang teknologi tanpa wayar di dalam specifikasi IEEE 802.11 termasuklah protokol tanpa wayar seperti 802.11a,802.11b dan 802.11g.

Selain itu ia juga merujuk kepada penggunaan hubungan jalur lebar (broadband), titik capaian (acess Point) serta kad Wi-Fi yang dipasangkan dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari Internet sama seperti rangkaian LocalArea Network (LAN). Hakikatnya Wi-Fi dibangunkan bg kegunaan peranti perkomputeraan mudah alih seperti komputer riba, dalam LAN. Namun kini ia semakin banyak digunakan dalam aplikasi, termasuklah Internet dan capain telefon. VoIP, permainan komputer dan hubungan alat elektronik konsumer seperti televisyen, permainan DVD atau kamera digital. Terdapat lebih banyak lago piawaian pembangunan yang membolehkan Wi-Fi digunakan oleh kereta di lebuh raya bagi meningkatkan keselamatan, mengumpul statistik dan membolehkan perdagangan mudah alih menggunakan IEEE 802.11p.

Individu yg mempunyai peranti Wi-Fi spt komputer, telefon atau PDA boleh mengakses internet apabila mereka berada dalam lingkungan satu-satu titik akses. Kawasan yang diliputi oleh satu atau beberapa titik akses dikenali sebagai hotspot. Terdapat pelbagai masalah yang timbul ketika teknologi ini mula dikomersialkan. Ini kerana pihak konsumer masih belum pasti bahawa produk yg dikeluarkan oleh pembekal yg berbeza mampu untuk bekerjasama.

Justeru, kesatuan Wi-Fi mengambila jalan utk bertindak sbg satu komuniti bagi menangani isu-isu yg telah ditimbulkan oleh pengguna akhir dan pada masa yang sama membenarkan teknologi ini menjadi matang. Kesatuan ini telah mereka satu lagi jenama “Wi-Fi CERTIFIED” untuk mengenalpasti produk dimana operasinya saling boleh digunakan dengan produk lain yang turut menunjukkan jenama “Wi-Fi CERTIFIED”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: