:: Amalan Pemakanan Rasulullah::


As salam..

Bertemu lagi kita pada hari ini. emm.. apa yg kita tahu mengenai makan? makan untuk hidup atau hidup untuk makan? mungkin setiap org mempunyai jawapan mereka sendiri. bagi saya makan untuk hidup adalah sebaiknya. setiap manusia yang hidup memerlukan makanan dan dengan amalan pemakanan yang betul dapat mencerdaskan Akal dan pemakanan berzat menyediakan wadah yg selesa bagi akal.

Para ahli perubatan islam khususnya kalangan pengamal sistem perubatan Yunani telah mengesyorkan kaedah-kaedah tertentu dari aspek pemakanan untuk daya ingatan. wow !!  tentu pembaca sekalian tidak sabar  untuk mengetahuinya. Sebenarnya beberapa penemuan telah dibuat di abad ke – 20 ini berhubung dengan kesan-kesan pemakanan ke atas daya ingatan. Memperbanyakkan memakan makanan-makanan segar juga dapat membantu daya ingatan. Antaranya adalah seperti berikut :-1.Madu —

1.Madu lebahimages

Surah an-Nahl ayat 68 Allah menjelaskan bahawa madu yg keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Bagi penyakit pada otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa, amalam meminum madu lebah dikatakan dapat megatasi penyakit tersebut. Antara keistimewaan madu lebah dpt diungkapkan dalam kata-kata Ibnu Sina:-

” Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambahkan kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan”.

Oleh kerana itu , Rasulullah s.a.w sangat senang meminum madu dan membiasakannya. Madu merupakan makanan dan minuman berkhasiat dlm kepentingan fizikal dan mental. Orang Arab mempunyai ingatan yg kuat adalah berkat dari memakan madu lebah. Madu juga berperanan menghilangkan kahak atau lendir dalam dada dan kerongkong, sering meminum madu dapat menghilangkan lendir tersebut dan mengingatkan ingatan. Rasulullah pernah bersabda, maksudnya:

” Sesiapa yang ingin menghafal, hendaklah minum madu. Ia adalah penyembuh segala penyakit, manakala Al-Quran adalah penyembuh penyakit jiwa (hati), kerana itu hendaklah kamu selalu menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan Al-Quran (pembacaan & pengubatannya).

2. Halia

Halia Bara

Dalam Al-Quran, Allah berfirman memceritakan tentang minuman halia kepada penghuni syurga. Firman Allah, Maksudnya:- “mereka (orang yg bertakwa di dalam syurga) diberi minum segelas air yg bercampur dengan halia.” (Surah Al-Insan:17)

Khasiat Halia

Terdapat pelbagai jenis halia. Ada yg bewarna kuning dan merah. Sebaik-baik halia ialah halia merah (halia bara). Di antara khasiat halia ialah:-

  • Menyegarkan dan menguatkan urat saraf
  • Kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan lendiran atau kahak.
  • membetulkan perjalanan darah dalam tubuh.
  • menguatkan ingatan.

sebenarnya terdapat banyak lagi pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w contohnya seperti susu, buah kismis (Zabib), minyak sapi, Lobak Merah (carrot), Telur, bunga cengkih, kurma, pegaga minyak zaitun dan banyak lagi.