Kuasai PDA


Kini ramai orang menggunakan komputer bersaiz telapak tangan (palm) untuk menyimpan nombor telefon dan temujanji serupa seperti menggunakan komputer atas meja. Komputer bersaiz telapak atau PDA (Personal Digital Assistants atau Pembantu Peribadi Digital), boleh menggunakan perisian pihak ketiga untuk meningkatkan kepenggunaan PDA anda dalam pelbagai aspek kehidupan anda. Aplikasi pihak ketiga membolehkan anda menggunakan PDA di pejabat, kelas, rumah atau pusat rekreasi.

PDA

 

 

Kebanyakan PDA mempunyai aplikasi pengurusan maklumat peribadi (PIM) yang akan menyimpan buku alamat, kalendar, senarai, pad nota, pembaca e-mel dan perisian pengecaman tulisan tangan.

Palm OS mempunyai antaramuka yang ramah pengguna serta mudah digunakan. Aplikasi asas seperti Address, Date Book, Memo Pad, dan To Do List, perisian pemantauan perbelanjaan dan perisian pengecaman tulisan tangan. Pemegang lesen Palm seperti Handspring dan Sony, telah memasukkan perisian seperti Handpring Date Book+ dan Sony gMedia.

Microsoft memperkenalkan komputer telapak berasaskan Windows CE (kini dikenali sebagai Pocket PC). Aplikasi yang terdapat dalam PDA Pocket PC ialah versi poket untuk Word, Excel, dan Money. Selain itu terdapat juga Microsoft Reader dan Microsoft Media Player untuk mendengar fail MP3.

Dalam kebanyakan PDA, OS dan aplikasi utama disimpan dalan ROM atau memori tidak boleh padam. Memori ini digunakan kerana ia tidak memerlukan sumber kuasa yang berterusan dan kandungannya tidak akan padam jika bekalan kuasa terputus. Model Palm OS terkini sering menggunakan memori “flash” bagi memudahkannya meningkatkan versi OS.

Aplikasi pihak ketiga

Kini komputer bersaiz telapak semakin popular dan semakin banyak pembangun perisian muncul untuk menghasilkan aplikasi untuk komputer telapak yang terdiri daripada perkakasan baru dan utiliti.

Antara aplikasi pihak ketiga yang terdapat ialah IntelliGolf (Karrier Communications) untuk mencatat skor perlawanan golf; MobileDB dan HanDBase untuk menyimpan data-data penting dalam pengkalan data; TomeRaider untuk memaparkan kandungan ensaiklopedia, kamus dan novel yang dibuat untuk PDA; Time To Time (Tom Thumb Software) untuk para peguam mencatatkan kos menurut jam; PsychiatricDrugs 2000 (Skyscape.com) untuk para pakar jiwa dan LoanUtil (Witkowski-Design) adalah untuk pengiraan pinjaman.

 

Terdapat juga perisian antivirus untuk PDA seperti VirusScan (McAfee) yang terdapat dalam versi Pocket PC dan Palm OS. Norton AntiVirus (Symantec) untuk Palm juga terdapat untuk dipindahterima.

Oleh kerana PDA tidak mempunyai cakera keras, aplikai pihak ketiga juga disimpan dalam RAM PDA. Jika bateri anda lemah makan anda boleh kehilangan aplikasi dan maklumat yang disimpan dalam RAM. Anda boleh menyimpan salinan data dan memasukkan semula kepada PDA jika ia mengalami kerosakan atau kehilangan data. Kebanyakan PDA mempunyai sumber kuasa tambahan untuk melindungi maklumat dalam RAM untuk jangkamasa yang singkat.

Peranti Palm OS mempunyai memori di antara 2MB RAM hingga 8MB RAM manakala PDA Pocket PC pula mempunyai 32MB RAM. Ruang storan yang terhad bermakna aplikasi PDA adalah kecil dan cekap. Contohnya MobileDB Lite hanya menggunakan 41KB dan IntelliGolf pula sebanyak 125KB.

PDA Aku

PDA Aku

Mencari aplikasi

Pengguna dan ahli perniagaan mengemari Internet bagi mendapatkan aplikasi secara percuma atau yang berbayar. Syarikat seperti Handango (http://www.handango.com) telah menjasi pasaraya untuk perisian PDA kerana ia mempunyai lebih 9,400 aplikasi untuk dipindah terima. Handango juga mempunyai kerjasama dengan gerbang web terkenal seperti Yahoo! dan Lycos. Antara tapak web yang menjual aplikasi untuk PDA ialah PalmGear (http://www.palmgear.com) untuk Palm dan BuyWindowsCE.com (http://www.buywindowsce.com) untuk aplikasi Pocket PC. Internet sering digunakan oleh para pengguna PDA kerana ia mudah dicapai dan mudah mencari menggunakannya dan tidak perlu ke kedai.

Kebanyakan gerbang web PDA menyenaraikan aplikasi menurut kategori. Anda hendaklah memeriksa kehendak sistem sebelum mendapatkan perisian tersebut atau anda boleh dapatkan aplikasi contoh dan mencubanya dahulu sebelum mendaftarkan perisian tersebut. Perisian Palm Desktop mempunyai The Install Tool bagi memudahkan anda memasang perisian baru kepada Palm anda.

Memindah fail

Setelah anda memindah terima perisian kepada cakera keras komputer, anda boleh memindahkannya kepada PDA. Terdapat perisian untuk PDA ini dimampatkan dengan Winzip dan anda perlukan perisian ini untuk membuka fail yang telah dizip itu.

Anda boleh gunakan My Computer atau Windows Explorer untuk pergi ke direktori di mana anda pindahterima fail tersebut. Sebelum anda memasang fail kepada peranti Palm OS, dapatkan fail bersambungan .PRC (executable) atau .PDB (database). Apabila anda dwi-klik fail PRC atau PDB perkakasan pemasangan akan muncul dalam senarai fail untuk dipasang semasa HotSync. Klik Done dalam tetingkap Install Tool, dan HotSync akan memasang fail baru kepada peranti Palm setelah anda melakukan sambungan kepada PC.

Aplikasi Pocket PC pula adalah dalam bentuk EXE. Dwi-klik fail EXE dan sebuah aplikasi pemasangan fail akan muncul dan seterusnya klik OK. Apabila PDA akan disambungkan kepada PC ia akan memasang perisian itu menerusi ActiveSync.

 

Perisian palam-dan-guna

Pengeluar PDA yang lain telah mencipta cara lain untuk menambah perisian kepada PDA. Salah satu cara ialah menerusi penggunaan Springboard (Handspring). Contohnya perisian permainan Tiger Woods PGA Tour Golf yang boleh dimainkan bersama Handspring apabila modul perisian ini dipasang pada PDA Handspring.

Menerusi slot Springboard ini juga sebuah PDA boleh diubahsuai kepada pemain MP3 atau penerima GPS (Global Positioning System). Anda juga boleh menambah capaian tanpa wayar kepada peranti PDA anda. Dengan cara ini peranti PDA bukan sekadar pembantu peribadi tetapi alatan komunikasi.

2 thoughts on “Kuasai PDA

  1. fajar September 15, 2009 at 10:50 am Reply

    bagus info ni bro,
    baru je nak beli pda, boleh lah membantu aku nanti

    so, hang bila nak tukar kepada pda?

    • ijalida November 8, 2009 at 10:17 pm Reply

      tgkla mmg ada niat nk beli. tp dlm proses survey

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: