::Kesesakan..bilakah akan berakhir::

Cara nak atasi ? aku memang kurang mahir. Tp bagi aku punca kesesakan jalan raya ni kebiasaannya berlaku time nak Raya tk kisah lah raya ape pun raya cina, raya puasa lebih2 lagi kalau cuti perayaan tu jatuh pada hari biasa mmg sesak dan jalan akan terus sesak walaupun pengguna jalan raya mencari jalan mana sekali pun termasuk shortcut atau long cut.. contohnya yang berlaku pada cuti tahun baru cina yang lepas banyak rungutan yg di terima dari ramai orang  dari kaca tv, radio dsbnya.

Pengalaman mereka berada di dalam kenderaan begitu lama sehingga berjam-jam lamanya. kesian pada mereka. Aku?? aku mmg tk balik ke mana2 pun duk kl je kebetulan isteri tgh sarat mengandung anak kedua kami & kalau aku pi balik juga rasanya menangis kitaorang ye la dengan duduk dlm kenderaan lama2 mana boleh tahan lebih2 lagi kalau ada budak kecik huhu.. kesian…

Tp bagi akula punca kesesakan jalan raya nie byk puncanya bukan setakat time cuti perayaan je tp mungkin salah satu punca dr 10 punca di atas ialah  kenderaan yang dh semakin bertambah dan bertambah setiap masa sebabnya semua orang dh mampu memiliki kenderaan sendiri.. Nk berkongsi kereta? atau menaiki kenderaan awam tetap sama. Dahulu pernah juga dengar kempen berkongsi kereta tp semuanya hangat2 tahi ayam atau suam-suam kuku je. Kesemuanya tk bertahan lama sebabnya mereka lebih suka menaiki kenderaan sendiri dr berkongsi kereta ngan orang lain.

So pendapat aku walaupun kurang bersetuju, ape kata kita lupuskan sahaja kenderaan yang  sudah berusia 10 tahun ke atas tp mungkin rata2 dr kita tidak bersetuju tp mungkin ada cadangan yg lain.. fikir-fikirkan lah..

6 thoughts on “::Kesesakan..bilakah akan berakhir::

  1. sue February 9, 2011 at 9:48 am Reply

    cadangan tuk melupuskan kenderaan berumur 10thn ke atas, rasenye kurang sesuai. sbbnye kat mesia ni x sume org mampu memiliki kereta baru(termasuk sy sendiri).. kalau langkah ini di teruskan jugak, macamana nasib org yg kurang mampu dari segi harta. bukan kah itu akan membebankan mereka.. mungkin kita bule fikir cara alternatif lain…

    • ijalida February 9, 2011 at 12:55 pm Reply

      so pasti ada cadangan lain?? ape kata naik beskal je mcm kt jepun tuh.. hehe

  2. fajar98 February 14, 2011 at 4:15 pm Reply

    cadangan teman, kerajaan kena naikkan harga minyak lebih tinggi , so ramailah yg naik basikal mcm cadangan bro

  3. SheaRasoL February 23, 2011 at 12:12 pm Reply

    Hai…
    Rasanya utk elak kesesakan nie, kerajaan kena upgrade sistem pengangkutan awam mcm kat obersea tu. Ini, klu naik ERL ke aper ke, pastu kena naik cab pulak, tambang cam mencekik darah..last2 lebih baik naik kete. Tapi dok berjam2 dlm jem tu yg tak tahan pulak..adoyaii

  4. ijalida March 1, 2011 at 6:23 pm Reply

    fajar: takut kalau naik harga minyak nanti merusuh pulak lain pulak jadinya.. hehe.. walau macammanapun kerajaan kena kaji betul2 dr perspektif lain & mungkin ada cadangan yg lebih baik spt yang dilakukan di negara matahari terbit..

  5. ijalida March 1, 2011 at 6:26 pm Reply

    Shearasol: betul tuh. ye la memandangkan semua kemudahan dh serba canggih itu menunjukkan kerajaan mmg prihatin dgn rakyat dan kita amat beruntung tetapi mungkin kah rakyat malaysia dh semakin bertambah??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: