:Nilai Sepuluh Ringgit:

Seorang Ayah yg  keletihan baru pulang dari tempat kerja di sambut oleh anak lelakinya yg berusia 7 tahun di depan pintu.

” Ayah boleh tak amin tanya satu soalan?”

Ya, nak tanya apa?

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

itu bukan urusan kamu, buat ape nak sibuk tanya.

” Alah ayah beritahu je la amin cuma nak tahu sahaja berapa sejam pendapatan ayah di pejabat”.

” 20 ringgit sejam”.

“oh..” kata anak sambil tunduk menekur lantai. ” Sambil memandang semula wajah ayahnya dan bertanya, ” Ayah… boleh tak amin pinjam 10 ringgit dari ayah?”.

Si ayah menjadi berang dan berkata, “oh.. itu sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?

“Kamu nak buat ape dengan duit sepuluh ringgit tu? Kamu nak beli barang mainan lagi? nak buat ape?

jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit begitu sahaja. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur,  dah lewat dah ni..”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir mungkin anaknya memerlukan duit sebanyak itu untuk keperluan sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta duit sebanyak itu sebelum ini. Dengan rasa bersalah si ayah bangun dan menuju kebilik anaknya dan membuka pintu.

didapatinya anaknya masih belum tidur. “kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambil sepuluh ringgit ni.” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.” Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari sesuatu dibawah bantalnya dan mengeluarkan note sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit tersebut si ayah kembali berang. ” Kenapa kamu mintak duit lagi sedangakn kamu dah ada duit sebanyak itu? dari mana kamu dapat duit dibawah bantal tu?” jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi sepuluh ringgit sebab duit yang amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

” Tak cukup nak beli apa ?” soal balik si ayah.

“Ayah sekarang amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ini. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah si ayah.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu..

Moral:

Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian dari kita. Oleh itu, luangkanlah sedikit masa untuk bersama mereka…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: