+P3NG3RTIAN & HIKMAH QIYAMULLAIL+

Firman Allah SWT:

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”

(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

PENGERTIAN

Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

HIKMAH QIYAMULLAIL:

1.    Meningkatkan keimanan individu

2.    Meninggikan darjat disisi Allah

3.    Dapat beribadah dengan lebih khusyuk

4.    Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang

5.    Melatih diri menjadi insan bertakwa

6.    Melatih diri memperbanyakkan amalan sunat

7.    Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan

8.    Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah

9.    Melatih diri mengharap keredhaan Allah

10. Memberi ketenangan jiwa (emosi)

11. Memberi kesihatan (fizikal)

12. Menajamkan akal fikiran

13. Meneguhkan kekuatan rohani

14. Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.

15. Melatih diri bersikap khauf(takut) dan  roja’(berharap) kepada Allah .

16. Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: