+Library+

Emm.. Jam 12tgh tadi aku ke |Library menyiapkan saki baki tugasan subjek Institusi Islam selain mengulangkaji sedikit bab-bab yg perlu di cover untuk final exam pada bulan julai ini.

Semalam Aniq & isteriku pulang ke kampung tok pa & tok ma dia di Kelantan & aku??? nampaknya duk bujang di sini je lah..( tak mengapa anak sedara ada menemani aku di sini). Rindu plak rasanya bila kedua2nya tiada di sisi. alamatnya malam ini tidur peluk bantal la aku ( sebelum nie tidur peluk aniq je.. hehe). Memandangkan cuti sekolah pun dah bermula iatu selama 2 minggu jadi seelok-eloknya biarlah mereka pulang ke kampung |. Hendak pulang ke kampung takleh plak coz banyak kerja di ofis yang perlu di siapkan. Emm.. lama ke diorang di kampung?? rindu dan sunyi pulak rasanya.. teringatkan gelak ketawa aniq dan keletahnya tu.. Aniq dah memahami setiap arahan yang diberi & menyebut perkataan pertamanya ” Abah” walaupun panggilan utk aku sebagai ayah. ( tp takpe itu permulaan baginya untuk belajar bercakap) selain menyebut perkataan bird & ball.. emm bijak gak anak ayah ni.

Tetapi yang paling ketara apabila nampak benda bulat je dia akan sebut “ball” ( bola la tuh ). Sunyi rasanya hari ini.. anak & isteri ku pulang ke kampung menumpang kenderaan rakannya di sini memandangkan mereka menuju ke laluan yg sama. Sebelum tu mmg nak naik bas je pulang ke kampung tetapi tiket bas telah habis & secara kebetulan rakan isteriku mengajak pulang sekali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: