+Azam antara kosong & berisi+

Cakap mengenai azam memeng seronok, kadangkala terasa semacam berangan2.

Memang azam akan jadi angan2 kosong andai dibina tanpa berpijak di bumi nyata.

Hati2, kalau terlalu tinggi berangan2 nanti jadi angan2 Mat Jenin., jatuh dari pokok kelapa! Atau ibarat mengetuk tin kosong, bunyi bergegar satu kampung tetapi tiada gunanya.

Bicara mengenai azam juga mungkin sudah terlalu klise. Tetapi sbg manusia, kita wajar mengingatkan antara satu sama lain, mengenai pentingnya kita mengenai azam.

Kerana azam adalah cita-cita, malah bg org Islam, kita sememengnya digalakkan untuk punya cita2 besar kerana itu akan menjadikan kita lebih fokus dan bersemangat untuk hidup.

Azam juga kerap dikaitkan dgn tahun baru. Kebetulan 2010 bakal menjelang, maka bersusunlah azam yang akan kita bina. Tetapi timbul juga persoalan, mengapa kita beria2 meraikan kedatangan tahun Masihi, sedangkan kita sepatutnya lebih meraikan tahun hijrah.

Apapun, elok kita berpegang kepada suatu peranan Rasulullah yang ada kena dengan kisah berazam.

Kata Rasulullah yg diriwayatkan al-Qattab daripada Anas, ” Cita-cita adalah rahmat Allah kepada umatku. Kalaulah tidak kerana cita-cita, sudah tentu seorang ibu tidak sanggup menyusukan anaknya dan petani tidak menanam pokok.”

Renung-renungkanlah..šŸ™‚

Bg aku yg lebih penting:-

1. Jgn Berazam terlalu byk, takut tdk mampu mencapai kesemuanya. Pilih yg terbaik, fokus,ikhtiar dan tawakal dlm merealisasikannya.

2. Perlu bersungguh-sungguh dlm mencapai cita-cita dan selalu berfikir ” Everything is possible”.

3. Jangan putus asa dengan kegagalan, kerana apa yang berlaku pastinya ada hikmah di sblknya.

4. Perlu kuat mental dan fizikal. Juga jangan lupa berdoa.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: