++3 Penawar hati++

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah iaitu Ibnu Mas’ud didatangi seorang lelaki yg kelihatan dirundung duka nestapa.

Lelaki ini berkata kepada Ibnu Mas’ud,

” Saudara berikanlah padaku satu nasihat yg dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yg gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, makanku tidak kenyang, tidurku juga tidak lena.”

Mendengar itu, Ibnu mas’ud membalas,

” Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini:

(i) Pertama – Tempat org membaca al-Quran; samaada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar org lain membaca ayat suci.

(ii) Kedua – Majlis ilmu; yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.

(iii) Ketiga– Carilah tempat dan waktu yg sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan kusyuk dan tulus ikhlas.”

Demikian penawar hati gelisah; kadangkala kita tidak tahu punca yang membawa hati resah. Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik-baiknya.

Hati yang kosong, maka mudahlah syaitan masuk menyelinap.

Firman Allah, ” Jika engkau dihasut oleh syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” ( Surah al-A’Raf:200)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: