++Di Aidilfitri ini++

Di Aidilfitri ini,
kesempatan terbaik sekali
untuk saling melupakan.
semua persilihan persengketaan
untuk saling memaafkan
segala kesilapan kesalahan.

Di Aidilfitri ini
biar berlainan visi berbeda misi
mari bersatu kembali
kita cantumkan yang berselerakan
kita tampal yang koyak
kita pateri yang retak
kita baiki yang rosak
kita luruskan yang serong
kita tegakkan yang condong.

Di Aidilfitri ini
semoga tidak lagi
kita bertengkar dan berkelahi
bermasam muka berkecil hati
bercakaran sesama sendiri.

Di Aidilfitri ini
semoga hari-hari bakal dilalui
disirami kemesraan mewangi
disinari ukhuwah sejati
dilimpahi rahmat Ilahi.

Nukilan
-ijal-

5 thoughts on “++Di Aidilfitri ini++

  1. fajar September 14, 2009 at 1:57 pm Reply

    wah, dasyat bro ni
    rupanya ada bakat terpendam
    macam puisi raya ni..

    • ijalida September 14, 2009 at 10:22 pm Reply

      mmg puisi raya.. saje je letak dlm blog.. bg semua baca at least boleh beri kesedaran pada mereka.

  2. fajar September 14, 2009 at 1:58 pm Reply

    ni nukilan sendiri ke @ copy n paste?

    saje gatai tanya.,

    • ijalida September 14, 2009 at 10:21 pm Reply

      ni idea sendiri takde tiru2.. bakat terpendam malas nk tunjuk je..hi.hi

  3. ida September 15, 2009 at 11:50 pm Reply

    ha,,,ha,,, nak puisi konon….pandai ker?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: