**MaKnA KeBeBaSaN**

Setiap manusia dilahirkan sama sahaja tanpa dibezakan latar belakang, kekayaan, kedudukan, paras rupa, status sosial dan sebagainya. Atau dengan kata lain, tiada diskriminasi mengenai status kemerdekaan yang dimiliki seseorang individu.

Rasulullah bersabda yg bermaksud: “Wahai sekalian manusia! kamu semua sebenarnya berasal daripada Adam, dan Adam pula diciptakan daripada tanah. Tidaklah orang Arab lebih mulia daripada orang bukan Arab, tidak pula orang berkulit putih lebih baik daripada orang berkulit hitam, melainkan kerana ketakwaannya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Walaupun secara zahirnya manusia dilahirkan merdeka, namun utk mengisi makna merdeka itu, mereka harus menjadi manusia yg selari dgn fitrah, yang juga merupakan sifat asasi manusia. Ini selaras dgn hikmah penciptaan manusia spt firman Allah yg bermaksud, ” Dan(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan utk menyembah dan beribadat kepadaku.” (Surah adz-Dzariyat:56)

Menjadi manusia yang merdeka bukanlah semata-mata membebaskan diri daripada belenggu penjajahan asing. Tetapi lebih daripada itu, kemerdekaan yg hakiki ialah kebebasan manusia untuk menikmati kehidupan dengan panduan Dia selaku Pencipta Maha Agung.

” SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52″

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: