*LaWaTaN kE kUALa TeRenGgAnu*

Assalamualaikum w.b.t

Pada 5-6hb Ogos baru-baru ini teman telah diarahkan oleh bos teman ke Cawangan Terengganu utk melakukan tinjauan, merekodkan segala maklumat berkaitan Layout di setiap unit yang terdapat di Cawangan Terengganu. Kerja – kerja tersebut dilakukan adlh untuk membuat research bg melaksanakan Sistem ERP yg akan dilaksanakan di setiap cawangan & kedai dalam waktu terdekat ini. Teman telah bertolak ke sana pada pagi isnin (5/06/08) pada jam 10.00 pagi dengan menaiki bas Mara liner di Hentian Putra. Oleh kerana ini adalah kali pertama teman ke sana, agak gabra gak. Di sana, teman telah dijemput oleh seorang rakan setelah mendapatkan no telefon dari rakan teman di sini. Emm.. terima kasih teman ucapkan kerana sedia membantu kalau tidak teman tidak tahu dengan siapa teman ingin berhubung. Setelah sampai di Terengganu jam 5.00 petang, teman telah dijemput oleh seorang rakan dan dibawa ke tempat penginapan. Teman telah menginap di sebuah Hotel di tengah-tengah pusat bandar. Nama hotel tempat teman menginap adalah K.T. Mutiara (berhadapan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan hotel tersebut agak selesa dan murah selain semua kemudahan ada & tiada masalah bg teman kerana teman hanya semalaman di hotel tersebut.

Suasana dalam Hotel K.T. Mutiara

Suasana dalam Hotel K.T. Mutiara

 

Katil untuk aku tido bila kepenatan..

Katil untuk aku tido bila kepenatan..

 Jarak hotel dengan PNMB Terengganu adalah 15 minit manakala dari hotel ke hentian bas adlh selama 6 minit jarak perjalanannya dekat bukan? so tiada masalah bagi teman ke hentian bas. Pada keesokan harinya 6/08/09 (Khamis) jam 8.00 pagi teman telah di jemput & di bawa ke PNMB Terengganu utk melaksanakan tugasan iaitu meninjau, merekod dan mendapatkan Layout terkini. Kerja – kerja tersebut telah berakhir pada sebelah petangnya. Alhamdulilah kerja tersebut berjaya dilaksanakan dgn jayanya. Pada jam 9.30 malam teman berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas dan sampai pada keesokan paginya. Itu sahaja yg dapat teman kongsi disini. Wasalam.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: