Tips Merancang Kewangan

Emm… Agak-agak korang tentu ada angan-angan nak beli kereta idaman kan.. tapi budget tak cukup plak so niat pun terbantut. Fikir-fikir balik tolak hutang tu hutang ini  tk cukup  plak nak bayar, so harap sebelum nk beli sesuatu tue kita kena rancang perbelanjaan ke atau macam mana nk tambah pendapatan agar apa yang di hajati akan tercapai. di bawah nie aku ada sertakan tips-tips merancang kewangan itu pun kalau korang semua nak praktikkan. harap berjaya yek..

 

Dalam mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan khususnya untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga bukanlah sesuatu yang sukar untuk diadaptasikan di dalam kehidupan kita seharian. Memang ada di antara segelintir kita yang ‘tahu’ iaitu mempunyai pengetahuan dalam mengurus kewangan dan mengawal perbelanjaan seharian mereka, namun masih ada juga di antara kita yang ‘malas’ untuk mengadaptasikannya atau melaksanakannya dalam kehidupan seharian kita. Pendek kata, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Tapi bagi kalian yang masih tergapai-gapai dan tertanya-tanya apakah ‘konsep asas’ dalam pengurusan kewangan dan mengawal perbelanjaan. Teruskanlah membaca! Kalian boleh mengambil tips-tips di bawah ini dan seterusnya mengadaptasikan atau mempratikkan ia di dalam kehidupan seharian kalian.

 

 

Tips 1 : Menentukan matlamat kewangan

‘Matlamat’ atau dalam istilah lainnya ‘target’ kalian. Samalah konsepnya seperti zaman kita belajar dulu-dulu. Misal kata, semasa di universiti masing-masing mempunyai target atau matlamat untuk mencapai 3 pointer ke atas, begitu jugalah konsepnya di dalam menentukan matlamat kewangan kita. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan!

Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :
~ menyambung pelajaran;
~ membeli sebuah rumah;
~ berkahwin;
~ berbulan madu;
~ perbelanjaan rumahtangga;
~ pendidikan anak-anak;
~ mengerjakan ibadah Haji;
~ perbelanjaan sewaktu persaraan;

– Beli kereta idaman
~ dan banyak lagi!

 Jelasnya di sini ialah kita telah nampak apakah matlamat kewangan kita. Apabila kita sudah nampak akan matlamat kewangan kita, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Seterusnya kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita mencapai matlamat kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang pendek, sederhana atau pun panjang. Contohnya, Amran merancang untuk mengerjakan ibadah Haji untuk 3 tahun akan datang. Jadi Amran terus melakukan simpanan yang lebih ke dalam akaun Tabung Haji beliau demi untuk mencapai matlamat tersebut.

Tips 2 : Mengawasi Tabiat Berbelanja

Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan! Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata! Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah diubah!

Tips 3 : Menulis Rancangan atau Pelan Perbelanjaan

Ramai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk mengamalkannya. Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada. Kemudiannya, bila nampak saja duit yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan simpanan.

Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila terima saja duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita tadi dibelanjakan/digunakan.

Tips 4 : Menyimpan Terlebih Dahulu Sebelum Berbelanja

Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah :
Pendapatan – Simpanan = Hutang + Perbelanjaan

Dan bukannya :
Pendapatan – (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan

Maksudnya di sini ialah setiap kali memperolehi gaji bulanan sepatutnya yang diutamakan terlebih dahulu adalah melakukan simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.

Tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit gaji. Ianya terus digunakan untuk untuk membayar hutang dan berbelanja. Tetapi di dalam melakukan simpanan pulak, ianya dikecualikan. Itupun kalau ada duit yang lebih, barulah nak menyimpan. Ini adalah konsep yang salah sebenarnya.

Tips 5 : Fikirkanlah Masa Hadapan!

Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan itu tidaklah penting. Kita telah silap! Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ia pastinya mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan.

Bayangkan, tahun hadapan kalian ingin melansungkan perkahwinan. Kemudian barulah kalian ‘tersedar’ bahawa kalian lansung tidak pernah menyimpan atau menyediakan sebarang bajet (matlamat kewangan) untuk tujuan tersebut. Akhirnya, kalian terpaksa melakukan personal loan atau pinjaman peribadi melalui bank untuk tujuan tersebut.

Mungkin kalian merasakan ini adalah jalan yang singkat untuk mencapai matlamat tersebut! Jangan silap! Ingat, sekiranya kalian telah berumahtangga maka semakin banyaklah tanggungjawab yang bakal dipikul. Mahukah kalian menambah bebanan tanggungjawab yang bakal dihadapi dengan bebanan hutang-hutang yang sedia ada?

Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya.

Diharapkan dengan tips-tips yang ringkas ini dapatlah kiranya memberi panduan kepada kalian semua mengenai ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan. Yang penting di sini adalah mempratikkan apa yang telah disampaikan tadi. Jika kita merasakan selama ini kita agak boros dalam berbelanja, maka inilah masanya untuk kita berubah! Ingat, yang rugi nanti bukannya orang lain tapi diri kita sendiri. Sesungguhnya, tiada siapa yang mampu untuk mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri!

ALLAH Subhana Wa Ta’ala berfirman : “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
[Surah Ar-R’ad, Ayat 11]

 

Kereta Idaman

Kereta Idaman

So selepas korang baca tips-tips tersebut mungkin apa yang dihajati akan tercapai..hi.hi

3 thoughts on “Tips Merancang Kewangan

  1. ruhenabdurachman July 4, 2009 at 11:06 am Reply

    bgs gak tips yg hang beri ni.
    insyaAllah ana cuba utk praktikkn dlm khdpn ana yg mdtg nnti.

    • ijalida July 29, 2009 at 10:12 pm Reply

      baguihla cam tu.. kena amalkan selalu yek..

  2. ida August 12, 2009 at 12:35 am Reply

    ye,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: