PeSan AbU LaItS
Kata Abu laits, Sesiapa yg ingin mematahkan atau menghilangkan rasa ujub, maka hendaklah, dia merenung 3 perkara :
(i) Taufik dan Hidayah datang daripada Allah swt. Hidayah dan dorongan utk beramal juga datang drp Allah.Justeru orang yg menyedari akan hal ini patut bersyukur kpd Allah dan bukan bangga diri tdk menentu.
(ii) Ada rasa takut jika amal ibadatnya tidak diterima.Jika seseorang punya rasa bimbang spt ini, sudah tentu dia tdk akan ujub dgn amalnya.
(iii) Mengingati dosa yg pernah dilakukannya.Orang yg mengingati dosa yg pernah dilakukan,akan rasa bimbang jika dosanya lebih byk daripada kebaikan.Justeru dia tidak akan rasa ujub.
Ujub Nabi Musa
Nabi Musa pernah merasakan dirinya pintar dan cerdik, bahkan dia pernah terasa dirinyalah yg paling cerdik di dunia. Untuk menyedarkannya, Allah telah menceritakan mengenai seorang lelaki yang jauh lebih bijak dan alim daripadanya, iaitu Nabi Khidir.Jika Musa hanya pakar dalam bidang syariat dan ilmu yg zahir, tetapi khidir pakar dalam ilmu ghaib. Selepas bertemu khidir, barulah Musa sedar bahawa ada orang lain yg lebih bijak daripadanya. Kisah ini dinyatakan dalam surah al-Kahfi : mulai ayat 60


*-KOmen Anda-*