::Kesesakan..bilakah akan berakhir::


Cara nak atasi ? aku memang kurang mahir. Tp bagi aku punca kesesakan jalan raya ni kebiasaannya berlaku time nak Raya tk kisah lah raya ape pun raya cina, raya puasa lebih2 lagi kalau cuti perayaan tu jatuh pada hari biasa mmg sesak dan jalan akan terus sesak walaupun pengguna jalan raya mencari jalan mana sekali pun termasuk shortcut atau long cut.. contohnya yang berlaku pada cuti tahun baru cina yang lepas banyak rungutan yg di terima dari ramai orang  dari kaca tv, radio dsbnya.

Pengalaman mereka berada di dalam kenderaan begitu lama sehingga berjam-jam lamanya. kesian pada mereka. Aku?? aku mmg tk balik ke mana2 pun duk kl je kebetulan isteri tgh sarat mengandung anak kedua kami & kalau aku pi balik juga rasanya menangis kitaorang ye la dengan duduk dlm kenderaan lama2 mana boleh tahan lebih2 lagi kalau ada budak kecik huhu.. kesian…

Tp bagi akula punca kesesakan jalan raya nie byk puncanya bukan setakat time cuti perayaan je tp mungkin salah satu punca dr 10 punca di atas ialah  kenderaan yang dh semakin bertambah dan bertambah setiap masa sebabnya semua orang dh mampu memiliki kenderaan sendiri.. Nk berkongsi kereta? atau menaiki kenderaan awam tetap sama. Dahulu pernah juga dengar kempen berkongsi kereta tp semuanya hangat2 tahi ayam atau suam-suam kuku je. Kesemuanya tk bertahan lama sebabnya mereka lebih suka menaiki kenderaan sendiri dr berkongsi kereta ngan orang lain.

So pendapat aku walaupun kurang bersetuju, ape kata kita lupuskan sahaja kenderaan yang  sudah berusia 10 tahun ke atas tp mungkin rata2 dr kita tidak bersetuju tp mungkin ada cadangan yg lain.. fikir-fikirkan lah..