Archive

Archive for November 2, 2009

++3 Penawar hati++

November 2, 2009 ijalida Leave a comment

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah iaitu Ibnu Mas’ud didatangi seorang lelaki yg kelihatan dirundung duka nestapa.

Lelaki ini berkata kepada Ibnu Mas’ud,

” Saudara berikanlah padaku satu nasihat yg dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yg gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, makanku tidak kenyang, tidurku juga tidak lena.”

Mendengar itu, Ibnu mas’ud membalas,

” Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini:

(i) Pertama – Tempat org membaca al-Quran; samaada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar org lain membaca ayat suci.

(ii) Kedua - Majlis ilmu; yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.

(iii) Ketiga- Carilah tempat dan waktu yg sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan kusyuk dan tulus ikhlas.”

Demikian penawar hati gelisah; kadangkala kita tidak tahu punca yang membawa hati resah. Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik-baiknya.

Hati yang kosong, maka mudahlah syaitan masuk menyelinap.

Firman Allah, ” Jika engkau dihasut oleh syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” ( Surah al-A’Raf:200)

Categories: Hadis & Falsafah

+Makan itu ibadah+

November 2, 2009 ijalida Leave a comment

As salam..

Di bawah nie ada tips yg henda dikongsi bersama: so renung2kanlah yek..

Dalam islam, makan boleh dianggap sbg satu ibadah jika kita meniatkanya sbg suatu tindakan utk memberikan tenaga pd diri sendiri bg membolehkan kita menjalani ibadah dan amal kebajikan lain.

Bukan sekadar itu, kita juga dituntut utk makan & minum drp mkn yg baik2, bersih, halal dan selamat drp syubhat.

Hal ini selaras dgn firman Allah yg bermaksud,

“—-Makanlah yg baik-baik daripada apa yang yang telah kami rezekikan kepada mu…”(Surah Al-A’raf:160)

Makan minum juga ada sbb tersendiri. Antaranya mulakan dgn bacaan bismillah spt sabda Rasulullah,

Apabila kamu makan, maka sebutlah nama Allah.Apabila lupa menyebut nama Allah pada awalnya, maka ucapkanlah, ” Bismillah awwalahu wa akhirahu’.” (Riwayat Abu Daud dn Tarmizi)

Di negara kita, kita makan dgn mewah dan kadangkala berlebih-lebihan, kangsung membawa kpd pembaziran.

Kerana mewanya kita dgn makanan, kita terlupa pd org lain yg mungkin sdg kelaparan kerana tiada sebutir nasi pun hendak dijamah.

Justeru, apabilasedag menghadap makanan, ucapkanlah kesyukuran kerana kita dilimpahi rezeki. Dan beringat-ingatlah juga pd golongan yg mungkin ketika ini sedang menangis kelaparan.