Archive

Archive for November, 2009

++Detik2 terakhir Rasulullah menghadapi sakaratulmaut++

November 24, 2009 ijalida Leave a comment

Utk Renungan Bersama …
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, ‘Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.’ Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
 
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. ‘Rasulullah akan meninggalkan kita semua,’ keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

 
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. ‘Bolehkah saya masuk?’ tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, ‘Maafkanlah, ayahku sedang demam,’ kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, ‘Siapakah itu wahai anakku?’
‘Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,’ tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. ‘Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,’ kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
 
‘Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?’ Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. ‘Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ‘ kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. ‘Engkau tidak senang mendengar khabar ini?’ Tanya Jibril lagi. ‘Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?’ ‘Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,’ kata Jibril.
 
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. ‘Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.’ Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. ‘Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?’ Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. ‘Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,’ kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. ‘Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. ‘Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya ‘Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku’, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.’ Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.’Ummatii, ummatii, ummatiii?’
‘Umatku, umatku, umatku’ Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Categories: *Agama*

+ 5 PeRkArA PeNtInG DLm HiDuP++

November 24, 2009 ijalida Leave a comment

5 perkara penting dlm hidup…..

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل 1:wajah yang cantik

 2- فلوس بالملاين 2:duit yang banyak

3- صحة قوية 3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

 5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية 5:tidur yang nenyak tanpa ganguan سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟ senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

 قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :

kata nabi saw من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

 أولاده ثمرة و من ترك صلاة

 العشاء فليس في نومه راحة dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Categories: +Berkongsi Ilmu+

+Raya Haji+

November 18, 2009 ijalida 4 comments

Raya haji pun n dekat dah… Tahun nie balik Kelantan bt akikah Dzakwan..

Aku & Family bertolak balik ke kpg Rabu malam( Lepas Maghrib geraklah). So harap sepanjang perjalanan tk hujan walaupun sekarang nie musim hujan dan tk henti2 .

Categories: *Peribadi*

+Syukran+

November 13, 2009 ijalida 2 comments

Akhirnya impian untuk memilikinya tercapai akhirnya.

WTF 3011 Keluar dari bilik pameran jam 1930mlm (13/11/2009)

Menunggu selama hampir 3 bulan akhirnya keluar juga.

Alhamdulilah…. :) :)

Categories: *Peribadi*

+RaHsIa JaRi AnDa+

November 11, 2009 ijalida Leave a comment

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima . Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan … “Allahu Akbar” sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah ”Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah… naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan ‘garam’ terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata “good” atau “yes” sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Categories: +Berkongsi Ilmu+

+Tips Membina Hubungan Jarak Jauh+

November 8, 2009 ijalida 1 comment

Dewasa ini kita sering mendengar suami isteri yg terpaksa meninggalkan pasangan masing2 di rumah demi memenuhi tuntutan kerjaya.

Justeru bg pasangan yg sentiasa sibuk ini disini disediakan tips2 yg mungkin dapat membantu jika anda dan pasangan anda tergolong dlm org2 yg komited dalam kerjaya atau etc…

1. Pertahankan Komunikasi

-  Hubungilah pasangan anda sentiasa dgn kemudahan teknologi yg ada pada hari ini.

2. Pertahankan Cinta

- Berfikiran positif. Tulislah dengan kata-kata mutiara yg boleh memberi semangat. Cthnya: ” Jarak tidak akan menghentikan cinta anda” Simpanlah didalam dompet anda atupun di atas meja opis anda. :)

3. Mempertahankan Stamina

- Jika rasa rindu memuncak terhadap pasangan, cuba usahakan untuk menghubungi saudara atau sahabat anda bg meredakan ingatan dan perasaan rindu pada si dia.  :)

4. Persiapkan Kewangan

- Secara logiknya hubungan jarak jauh pasti memerlukan biayaan.

So bawah ni antara prinsip komunikasi yg berkesan :-

(i) Perlu bijaksana dalam segala apa yg hendak disampaikan.

(ii) Tidak perlu berbohong utk menutup sesuatu hal yg telah terjadi.

(iii) Tidak menyampaikan semua yg kita alami, rasa dan fikirkan secara keseluruhan kpd pasangan. Perkahwinan mengajar kita utk menjadi matang & sentiasa menimbang apa yg bakal diucapkan kpd pasangan mengikut kesesuaian “mood, waktu ,masa dan tempat.

Diharap tips-tips di atas sedikit sebanyak dpt membantu pada pasangan yg bakal berkahwin nanti..:)

 

Categories: Kamar Suami Isteri

+Alhamdulilah+

November 8, 2009 ijalida Leave a comment

Alhamdulilah..

Hari ini aku dapat seorang prospek yg berminat dgn program SAP nih..

So income makin bertambah.. :) >)

So target aku april 2010 ” malam menggapai bintang..!!”

Semoga Allah permudahkan segala urusan hambamu ini.. Amin yarabbil alamin.

Categories: *Peribadi*

+Bakal Keluar++

November 7, 2009 ijalida 1 comment

Emm.. Pasti tertanya2 apa yang nk keluar yek..

Nantikan kemunculannya..??

Categories: Guess??

+Azam antara kosong & berisi+

November 7, 2009 ijalida Leave a comment

Cakap mengenai azam memeng seronok, kadangkala terasa semacam berangan2.

Memang azam akan jadi angan2 kosong andai dibina tanpa berpijak di bumi nyata.

Hati2, kalau terlalu tinggi berangan2 nanti jadi angan2 Mat Jenin., jatuh dari pokok kelapa! Atau ibarat mengetuk tin kosong, bunyi bergegar satu kampung tetapi tiada gunanya.

Bicara mengenai azam juga mungkin sudah terlalu klise. Tetapi sbg manusia, kita wajar mengingatkan antara satu sama lain, mengenai pentingnya kita mengenai azam.

Kerana azam adalah cita-cita, malah bg org Islam, kita sememengnya digalakkan untuk punya cita2 besar kerana itu akan menjadikan kita lebih fokus dan bersemangat untuk hidup.

Azam juga kerap dikaitkan dgn tahun baru. Kebetulan 2010 bakal menjelang, maka bersusunlah azam yang akan kita bina. Tetapi timbul juga persoalan, mengapa kita beria2 meraikan kedatangan tahun Masihi, sedangkan kita sepatutnya lebih meraikan tahun hijrah.

Apapun, elok kita berpegang kepada suatu peranan Rasulullah yang ada kena dengan kisah berazam.

Kata Rasulullah yg diriwayatkan al-Qattab daripada Anas, ” Cita-cita adalah rahmat Allah kepada umatku. Kalaulah tidak kerana cita-cita, sudah tentu seorang ibu tidak sanggup menyusukan anaknya dan petani tidak menanam pokok.”

Renung-renungkanlah.. :)

Bg aku yg lebih penting:-

1. Jgn Berazam terlalu byk, takut tdk mampu mencapai kesemuanya. Pilih yg terbaik, fokus,ikhtiar dan tawakal dlm merealisasikannya.

2. Perlu bersungguh-sungguh dlm mencapai cita-cita dan selalu berfikir ” Everything is possible”.

3. Jangan putus asa dengan kegagalan, kerana apa yang berlaku pastinya ada hikmah di sblknya.

4. Perlu kuat mental dan fizikal. Juga jangan lupa berdoa.


Categories: *Agama*

++3 Penawar hati++

November 2, 2009 ijalida Leave a comment

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah iaitu Ibnu Mas’ud didatangi seorang lelaki yg kelihatan dirundung duka nestapa.

Lelaki ini berkata kepada Ibnu Mas’ud,

” Saudara berikanlah padaku satu nasihat yg dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yg gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, makanku tidak kenyang, tidurku juga tidak lena.”

Mendengar itu, Ibnu mas’ud membalas,

” Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini:

(i) Pertama – Tempat org membaca al-Quran; samaada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar org lain membaca ayat suci.

(ii) Kedua - Majlis ilmu; yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.

(iii) Ketiga- Carilah tempat dan waktu yg sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan kusyuk dan tulus ikhlas.”

Demikian penawar hati gelisah; kadangkala kita tidak tahu punca yang membawa hati resah. Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik-baiknya.

Hati yang kosong, maka mudahlah syaitan masuk menyelinap.

Firman Allah, ” Jika engkau dihasut oleh syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” ( Surah al-A’Raf:200)

Categories: Hadis & Falsafah