Archive

Archive for September, 2009

+Balik Raya+

September 25, 2009 ijalida Leave a comment

          Petang Jumaat jam 4 pm  aku & Famili  bertolak ke kelantan selepas semaye Jumaat. Aku membuat keputusan mengikut jalan Grik- pantai timur. Sepanjang perjalanan mengikut laluan tersebut hujan turun dgn lebat dan pemanduan aku setakat 80- 90km sejam je. Aku sampai di kelantan jam 12 tgh malam. 

Jalan jamed.. boringnyer..

Jalan jamed.. boringnyer..

Mana tidaknya, aku berhenti rehat  2 kali satu di pekan Grik dan satu lagi di Puncak titiwangsa( lama sikit berenti kat sini coz dkt sejam setengah). Penat gak drive mlm2 nie, hujan kejap turun kejap tidak.

Gelap tu.. Masa nie kat lebuh raya Grik. Jam 12tgh malam

Gelap tu.. Masa nie kat lebuh raya Grik. Jam 12tgh malam. depan tu sebijik je kereta.. follow je la..

             Tapi alhamdulilah sepanjang melalui laluan Tasik Banding tk sesak dengan kenderaan pun.. tp mmg laluan tersebut terlalu gelap dan cuma bergantung dengan lampu kenderaan dan spotlight kenderaan aku sahaja. Kalau bukan bulan posa.. seram gak.

Aku sampai tepat jam 1230 tgh malam di rumah mak mentua aku. Apa lagi sesampai je terus tido.. penat dan letih sangat badan ini..

Categories: *Peribadi*

+Balik Kampung+

September 18, 2009 ijalida Leave a comment

Alhamdulilah.. tggl sehari lagi nk meninggalkan bulan Ramadhan al-mubarak. Kini tiba pula Bulan syawal so Hari raya la kita..

Emm.. Persiapan Raya pun ala kadar jela.. Maybe aku sekeluarga pulang beraya ke Kelantan rumah mak mentua dahulu selepas itu baru pulang beraya ke Perak, pdg Rengas, kampung Buaya. Tahun ni amat bererti bagi aku so beraya dengan anak aku yang berusia 6 bulan. Kebiasaannya tahun sebelumnya kami  beraya berdua je.. Tapi kali ini kami telah mempunyai keluarga yg lengkap. Alhamdulilah dan bersyukur aku ke hadratnya. Aniq Dzakwan nk jumpa tok pa dia dah tu..

Hari ni kerja separuh hari je sampai jam 1230tgh. Mungkin aku bertolak pulang ke kampung selepas Asar. Insyaallah dan mudah-mudahan selamat pergi dan pulang ke rumah.

Categories: *Peribadi*

++Di Aidilfitri ini++

September 13, 2009 ijalida 5 comments
Di Aidilfitri ini,
kesempatan terbaik sekali
untuk saling melupakan.
semua persilihan persengketaan
untuk saling memaafkan
segala kesilapan kesalahan.

Di Aidilfitri ini
biar berlainan visi berbeda misi
mari bersatu kembali
kita cantumkan yang berselerakan
kita tampal yang koyak
kita pateri yang retak
kita baiki yang rosak
kita luruskan yang serong
kita tegakkan yang condong.

Di Aidilfitri ini
semoga tidak lagi
kita bertengkar dan berkelahi
bermasam muka berkecil hati
bercakaran sesama sendiri.

Di Aidilfitri ini
semoga hari-hari bakal dilalui
disirami kemesraan mewangi
disinari ukhuwah sejati
dilimpahi rahmat Ilahi.

Nukilan
-ijal-
Categories: 22247238

+UcApAn+

September 13, 2009 ijalida Leave a comment
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin

Raya pun dh nak dekat.. tggl seminggu lagi umat islam menanti ketibaan bulan syawal dan Hari Raya pun dh hampir tiba.. Apa persiapan kita?  harap semuanya dah prepare belaka. Baju raya, kuih raya, duit raya dll semua dh sedia dah.. tggu raya je la.. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & maaf zahir batin. Kalau ada tersalah kata harap d maafkan. from ijal, ida & Aniq.

Categories: 22247238

+Honda civic 2010 Baru+

September 6, 2009 ijalida 2 comments

Pagi tadi aku buka email ada gambar honda civic baru. tp tak tahu bila akan dilancarkan di Malaysia. tp mmg marvelesla. katanya pihak honda akan keluarkan design dan enjin baru utk semua versi honda selepas ini… di bawah nie ada cth gambar honda civic baru yg boleh dikongsi bersama.

Mana tahu ada yg berminat selepas ini.. Harga belum confirm lg..

Dari sudut tepi

Dari sudut tepi

Mmg teruja sesiapa yg memandangnya..pergh..

bentuk belakang yg panjang

bentuk belakang yg panjang

Dari sudut Belakang

Dari sudut Belakang

image-gallery-exterior07
image-gallery-show02
Mcm penguin..

Mcm penguin..

Dari dalam. mmg cun

Dari dalam. mmg cun

image-gallery-exterior02

 

 

Honda City baru

Categories: 22247238

+Berbuka Posa++

September 6, 2009 ijalida Leave a comment

Petang semalam aku + Famili berbuka posa di Hotel Impiana KLCC & Spa yg terletak berdekatan dgn KLCC.

Adala seramai 20 org kesemuanya iaitu mak sedara aku n familinya 2 keluarga termasuk mak + ayah aku sekali.. Time nie la kitaorang berkumpul dan menjadi kebiasaan dalam setahun bulan posa akan ada majlis berbuka posa spt ini. Boleh la satu kepala dekat Rm 80. Tempat pun betul2 tepi jalan. makanan pun tk perlu ckpla mmg banyak sampai tk terlarat aku di buatnya. Aku ke sana dgn menumpang kenderaan ayah ( berkongsi kereta) nak elak ‘ traffic jam’ . kalau ikutkan majlis buka posa sehingga 10mlm.. so mkn la kenyang.

Tapi aku terpaksa pulang awal coz bb Dzak meragam & tk sempat menunggu sehingga jam 10mlm.. terawih pun tk dapt pergi. So aku ambil keputusan balik dgn menaiki teksi bersama bb dzak n isteri aku.

sampai je di rumah.. bb dzak mmg tk sedar dah.. emm maybe keletihan n tertido dlm teksi.. kecian dia.

Categories: *Peribadi*

+Program yg Superb+

September 4, 2009 ijalida Leave a comment

As salam..

Terlebih dahulu aku nk perkenalkan satu produk yg superb dan tgh panas skrg nih( Score A Program). Pernah dengar? tentu kalian pernah mendengar tp tidak tahu apa dia  Score A Program. Score A program adlh Program pendidikan yg menggunakan Output Learning 100%. So para pelajar akan mengeluarkan ilmu yg dipelajari di sekolah dengan menjawab sbyk 250,000 bank soalan- soalan yg terkandung di dlm Program Score A. So dengan ini para pelajar di berikan pendedahan menjawab soalan – soalan yg banyak. Kesemua soalan tersebut di gubal oleh guru-guru pakar dari 10 sekolah bestari di seluruh malaysia selain mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain menjadi pelengkap kepada sistem pendidikan malaysia(Webucation).

- 100% sukatan pelajaran malaysia & memenuhi piawai silibus terkini KBSR/KBSM dari darjah 1- tingkatan 5.

- 90% output learning(latih tubi) yg interaktif & terbukti berkesan.

- Kompilasi set-set soalan peperiksaan sebenar UPSR & PMR (1993-kini) Esklusif dari Kementerian Pelajaran Malaysia ( eksklusif hanya score A program dpt hak kebenaran dr lembaga peperiksaan Malaysia)

- Keputusan setiap latihan /peperiksaan terus ke telefon bimbit anda (SMS report card)

- eNota ( Konsep Peta  Minda) & eKamus disediakan.

Potensi Perniagaan :

- 1.5 juta otg pelajar yg menduduki peperiksaan UPSR,PMR & SPM setiap tahun.

-Pendidakan adlh perbelanjaan wajib setiap keluarga.

-Pelancaran oleh YB Dato’ seri Hishamuddin Tun Hussien Onn ( bekas menteri pelajaran malaysia) & YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin hj Mohd Yassin.

Perasmian oleh Dato' seri Hishamudin tun Hussein Onn

Perasmian Score A program

 

Gambar di atas  semasa perasmian Score A Program oleh Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Testimoni Kejayaan Pelajar yg menggunakan Program Score A

Testimoni Kejayaan pelajar yg menggunakan Score A Program di bukukan

Kad Pengaktifan Code

Set kad pengaktifan yang mengandung 2 kad top up

 Di bawah adalah kad Topup/ kad pengaktifan yang akan di gunakan oleh para pelajar untuk mengaktifkan portal pendidkan.

2 kad toupup yang akan digunakan oleh para pelajar

2 kad toupup yang akan digunakan oleh para pelajar

Setiap satu kad boleh akses selama 3 bulan so utk 2 kad, pelajar boleh akses selama 6 bulan. Amat mudah!! spt kita topup prepaid. 

SO rebutlah peluang di depan mata anda. jgn duk pikir lagi, mana tahu apa yang anda impikan akan tercapai…

anda berpeluang menjana pendapatan sebanyak RM 30k dalam tempoh 3 bulan!!  rebutlah peluang ini!! peluang hanya datang sekali.

 

Categories: *Peribadi*

+Pormit Thai BBQ Seafood Restaurant+

September 2, 2009 ijalida 2 comments

Hari nie aku berbuka posa di luar. Berbuka di Restoran Thailand yg terletak di Bdr Sri Permaisuri.. first time aku n isteri mkn di situ semenjak restoran tersebut dibuka pada awal tahun nie.. Alhamdulilah, mmg sedap dan puas hati.  Satu kepala untuk dewasa d charge sebanyak RM 19.80 manakala utk kanak2 Rm 9.80 sahaja.

Selepas ambil anak di umah mak, terus ke Restoran tersebut untuk berbuka posa.. Maybe selepas nie aku nak bawa family ke situ..

Menu untuk berbuka posa

Menu untuk berbuka posa

Di atas ni adalah menu pertama aku utk buka posa.. terdapat menu lain seperti Kuey Teow dan Mee goreng. Tp menu nie pun dah cukup kenyang coz sedap sangat..

Sempat bergambar dengan bb sebelum berbuka posa..

Sempat bergambar dengan bb sebelum berbuka posa..

Gambar di atas di ambil di dalam Restoran dan sempat bergambar bersama bb Dzak..

Categories: *Peribadi*