Archive

Archive for August, 2009

+Hujan+

August 30, 2009 ijalida 1 comment

Emm.. hari nie cuaca tk menentu, hujan sehari di Penang. boring gak duk umah ari nih.. nk kuar ujan plak. Tgk DVD je ari nie di rumah my brother.. Cerita The Missing+Bohsia+Gi.Joe… hilang rasa boring gak. hi.hi.. Pastu tido ..

Petang tadi aku ke bazar Ramadhan bersama dgn abang n bininya.. byk gaks aku  n abang aku beli utk buka posa Murtabak+ cucur udang+ Nasi lemak kukus(4) lauk aym goreng, Nasi kerabu(2)+lauk asam+emmm yum.yum.. kalau ikutkan nafsu mkn nih mmg besar. Tapi alhamdulilah semuanya habis (tk Membazir). Lepas buka posa pi semaye terawih di surau dlm Kuarters IPD. Ingat lepas terawih nk pi kuar coz mlm nie ada bunga api.. ye la malam ambang kemerdekaan. Tak terlambat aku nk laungkan “MERDEKA”! MERDEKA! MERDEKA! dan ucap kan selamat menyambut kemerdekaan yg ke 52, so kita bebas dari penjajahan fikiran dan budaya dari barat. dan kita patut hayati erti kemerdekaan sebenar dan kita sebagai rakyat malaysia harus taat setia pd negara yg tercinta ini!!. Sok pagi lepas bersahur bertolaklah aku pulang ke Key ell.. Key ell aku menati mu… harap esok pagi perjalananku berjalan lancar + selamat..

Categories: *Peribadi*

+Surah Penawar+

August 29, 2009 ijalida Leave a comment

 

 Surah  Al-Kautsar 

 Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada
susu   dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w..t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir  itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika   menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah
tetapi   dizalimi.

Perkara yg baik  kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih

Categories: *Peribadi*

*PenaNg*

August 27, 2009 ijalida Leave a comment

Malam semalam aku bertolak dari rumah ke Penang jam 915mlm.. tujuan aku ke penang adlh utk mendapatkan/merekod Layout terkini di Kedai PNMB Penang. Emm biasalah untuk upgrade apa yg patut coz tak lama lagi Sistem ERP akan di launchkan di semua Caw/Kedai.  Emm.. yg kelakarnya aku tk jadi naik bas.. terasa tk sedap hati je.. so aku bt keputusan drive sendiri dgn my own car with wife n my baby.. sepanjang perjalanan menuju ke destinasi hujan tk henti2 dan lebat gak hujan yek.. aku rasa 3 kali aku berenti, 1 di hentian Tapah, Bkt Gantang dan Alor Pongsu.. biasalah kalau berenti tu nk terkucil n basuh muka coz mengantuk dibuatnya!!! Alhamdulilah aku sampai di penang jam 3.00 pagi & berenti rehat di rumah kak ipar untuk bersahur.

Di rumah kak ipar aku sahur nasi Kerabu berlaukkan kerabu perut, ayam percik + solok lada+ daging bakar. Pergh! sedap tu.. kakak ipar aku buka bazar Ramadhan di bandar perda.. dia sewa tapak di sana.. so dekat dgn PNMB Penang + my Brother house. hi.hi.. so selepas mkn kami bertolak ke rumah my brother. sesampai je aku tido terus.. Sok pagi kena jalankan tugas aku di Kedai PNMB Penang.. Emm terasa letih badan ni.. coz drive sepanjang mlm..

Categories: *Peribadi*

**KeUtAmAan RaMaDhAn**

August 27, 2009 ijalida Leave a comment

Keutamaan Ramadhan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan puasa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafaat umat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa di bulan Ramadhan.

1. Pintu Langit di buka
2. Pintu-pintu Syurga di buka

Fadhilat yang lain-lain

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Berpuasa dan Beramal

Alangkah indahnya pemandangan

Categories: *Peribadi*

**Kelebihan Pada Bulan Ramadhan**

August 27, 2009 ijalida Leave a comment

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat…” Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya. Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu ” AllahuAkbar ” 3 kali, kemudian bacalah : (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan : (Ya Allah, zahirlah Ramadhan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.) Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan.

Pada awal malam bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadhan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan! Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta’ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh……. berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadhan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka :- Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Apabila pada malam akhir Ramadhan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadhan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith). Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya : a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya. c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar. d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku. e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat. (Al-Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa.

Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah – Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith) Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

 Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadhan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith). Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith) Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith) Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadhan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.) – Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga) – Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga) – Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!) – Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!) – Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!) – Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!) Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith) Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadhan dari umat Muhammad! (Al-Hadith) Keredaan Allah (bagi orang yang taat) Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat) Jaminan Allah (bagi orang yang taat) Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal) Anugerah Allah (bagi orang yang benar). Ramadhan, Ramada, ertinya : membakar – yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadhan.

Ramadhan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar. “Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur.” (Al Hadith) “Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan.” (Al Hadith) “Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api.” (Al Hadith) “Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun .” (Al Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadhan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadhan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga).

Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadhan hingga akhir malam Ramadhan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadhan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadhan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadhan atas segala bulan (Al Hadith) Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadhan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan .

(Al Hadith) Apabila berakhir bulan Ramadhan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur. Apabila berakhirlah malam bulan Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith) Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadhan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat . Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir “AllahuAkbar” sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Categories: *Peribadi*

*TIP Menggalakan Anak Minum Susu Setiap hari*

August 15, 2009 ijalida Leave a comment

Mungkin ada di kalangan kanak-kanak yang kurang gemar akan rasa susu hingga menyebabkan ibu bapa pening kepala bagaimana mahu ‘ memancing selera’. Berikut adalah antara tip yang boleh diikuti utk menggalakkan mereka minum susu;

(1) Terlebih dahulu galakkan semua ahli keluarga mengamalkan minum susu. Anak anda juga tdk mahu ketinggalan meminumnya setelah melihat semua org berbuat demikian.

(2) Sekiranya ke pasar raya, beri peluang kpd anak untuk memilih perisa susu yg digemarinya. Setiap org pasti mempunyai perisa kegemaran masing2.

(3) Hidangkan susu kotak secara sejuk dan susu tepung secara suam.

(4) Sebelum memberi susu kpd anak, apa kata ceritakan  khasiat susu kepada anak anda. Dengan mengetahui kebaikannya, dia tentu akan mulai gemar minum susu.

(5) Gunakan daya kreatif utk mempelbagaikan rasa susu atau menjadikannya lebih menarik. Misalnya; kisar dgn aiskrim utk menyediakan susu kocak. Kisar bersama buahan atau jus buahan utk menghasilkan ‘miktail’. Jika anda kisar bersama ais, anda akan menperoleh minuman susu kocak ais yg istimewa sekali.

Susu adlah sumber vitamin dan mineral yg baik yg setiap satunya memiliki satu atau lebih jenis fungsinya kepada kesihatan tubuh manusia.”

Categories: *Peribadi*

**MaKnA KeBeBaSaN**

August 15, 2009 ijalida Leave a comment

Setiap manusia dilahirkan sama sahaja tanpa dibezakan latar belakang, kekayaan, kedudukan, paras rupa, status sosial dan sebagainya. Atau dengan kata lain, tiada diskriminasi mengenai status kemerdekaan yang dimiliki seseorang individu.

Rasulullah bersabda yg bermaksud: “Wahai sekalian manusia! kamu semua sebenarnya berasal daripada Adam, dan Adam pula diciptakan daripada tanah. Tidaklah orang Arab lebih mulia daripada orang bukan Arab, tidak pula orang berkulit putih lebih baik daripada orang berkulit hitam, melainkan kerana ketakwaannya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Walaupun secara zahirnya manusia dilahirkan merdeka, namun utk mengisi makna merdeka itu, mereka harus menjadi manusia yg selari dgn fitrah, yang juga merupakan sifat asasi manusia. Ini selaras dgn hikmah penciptaan manusia spt firman Allah yg bermaksud, ” Dan(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan utk menyembah dan beribadat kepadaku.” (Surah adz-Dzariyat:56)

Menjadi manusia yang merdeka bukanlah semata-mata membebaskan diri daripada belenggu penjajahan asing. Tetapi lebih daripada itu, kemerdekaan yg hakiki ialah kebebasan manusia untuk menikmati kehidupan dengan panduan Dia selaku Pencipta Maha Agung.

” SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52″

Categories: *Peribadi*

* MeLaWaT KaKaK IpAr Di GuA mUsAnG*

August 13, 2009 ijalida Leave a comment

As salam..

Pada Jumaat pagi setelah pulang dari lawatan ke Terengganu, teman telah berangkat pulang ke Gua Musang, Kelantan untuk melawat kakak ipar teman di sana. Teman ke sana bersama dgn isteri, anak & adik ipar. Kami telah berangkat ke sana pada jam 10.00 pagi dan masa perjalanan dari key ell ke Gua Musang adalah selama 5  jam.  Setibanya di sana kami telah dihidangkan dengan buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan & langsat.. emm paham-paham la tk larat dibuatnya apabila makan kesemua jenis buah yang terdapat di kebun . Rumah kakak ipar teman terletak di felda chiku 7, Gua Musang. Pada sebelah petangnya teman telah di ajak  masuk ke kebun buah-buahan. Antara buah-buahan yg terdapat di kebun  adalah spt rambutan, durian, manggis dan langsat. Rajin gak orang kampung ini tanam pokok buah-buahan.

Pengalaman yg tidak dpt dilupakan ialah pacat yg hinggap di kaki  boleh dikira banyak gak  7 ekor kesemuanya tetapi oleh kerana nk control macho teman terpaksa cover line & tunjuk berani depan abg ipar & anak2 buah teman. Hakikatnya teman nie geli sgt dgn pacat.

Keesokan harinya, kakak ipar teman telah membuat jamuan makan dan menjemput rakan-rakannya ke rumah dan adalah dekat 20 orang kesemuanya termasuk anak2 mereka. Peluang depan mata dah nampak apa lagi teman pun memperkenalkan program Score A ni pada mereka dan kesemuanya menunjukkan minat dan ingin menggunakan program ini. Teman berasa terharu dan tak sangka.  

Teman berjaya menerangkan kepada mereka tentang kehebatan program score A  dan teman berasa terharu dgn kata-kata seorang parent katanya ” Orang bandar ni semua kemudahan ada, serba lengkap semuanya, kami yg di kampung kemudahan tak seperti di bandar, tapi ada juga orang bandar yg bersungguh2 membantu org kampung seperti kami dan Ada juga pendidikan secara online yg  mengunakan komputer yg kami di sini tak mengetahui langsung” . Mendengar kata2 tersebut teman berasa seolah-olah satu semangat secara tiba2 berada di depan mata  untuk  membantu anak2 mereka menggunakan program yang hebat ini. Apa yang hendak diberitahu di sini, Program ini memang cukup hebat!! dan tak perlu disangkal lagi.. Buat masa ini, teman telah berjaya menaja 9 orang dan bakal menambah prospek dalam waktu terdekat ini. Insyaallah.

Ini sahaja yang dapat teman kongsi pada hari ini. Mudah-mudahan usaha yang teman buat untuk memperkenalkan program yang superb ini akan membuka mata semua rakyat Malaysia. Insyaallah.

Wajah yang membuatkan aku ingin berjaya!!
Wajah yang membuatkan aku ingin berjaya!!
Categories: *Peribadi*

*LaWaTaN kE kUALa TeRenGgAnu*

August 9, 2009 ijalida Leave a comment

Assalamualaikum w.b.t

Pada 5-6hb Ogos baru-baru ini teman telah diarahkan oleh bos teman ke Cawangan Terengganu utk melakukan tinjauan, merekodkan segala maklumat berkaitan Layout di setiap unit yang terdapat di Cawangan Terengganu. Kerja – kerja tersebut dilakukan adlh untuk membuat research bg melaksanakan Sistem ERP yg akan dilaksanakan di setiap cawangan & kedai dalam waktu terdekat ini. Teman telah bertolak ke sana pada pagi isnin (5/06/08) pada jam 10.00 pagi dengan menaiki bas Mara liner di Hentian Putra. Oleh kerana ini adalah kali pertama teman ke sana, agak gabra gak. Di sana, teman telah dijemput oleh seorang rakan setelah mendapatkan no telefon dari rakan teman di sini. Emm.. terima kasih teman ucapkan kerana sedia membantu kalau tidak teman tidak tahu dengan siapa teman ingin berhubung. Setelah sampai di Terengganu jam 5.00 petang, teman telah dijemput oleh seorang rakan dan dibawa ke tempat penginapan. Teman telah menginap di sebuah Hotel di tengah-tengah pusat bandar. Nama hotel tempat teman menginap adalah K.T. Mutiara (berhadapan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan hotel tersebut agak selesa dan murah selain semua kemudahan ada & tiada masalah bg teman kerana teman hanya semalaman di hotel tersebut.

Suasana dalam Hotel K.T. Mutiara

Suasana dalam Hotel K.T. Mutiara

 

Katil untuk aku tido bila kepenatan..

Katil untuk aku tido bila kepenatan..

 Jarak hotel dengan PNMB Terengganu adalah 15 minit manakala dari hotel ke hentian bas adlh selama 6 minit jarak perjalanannya dekat bukan? so tiada masalah bagi teman ke hentian bas. Pada keesokan harinya 6/08/09 (Khamis) jam 8.00 pagi teman telah di jemput & di bawa ke PNMB Terengganu utk melaksanakan tugasan iaitu meninjau, merekod dan mendapatkan Layout terkini. Kerja – kerja tersebut telah berakhir pada sebelah petangnya. Alhamdulilah kerja tersebut berjaya dilaksanakan dgn jayanya. Pada jam 9.30 malam teman berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas dan sampai pada keesokan paginya. Itu sahaja yg dapat teman kongsi disini. Wasalam.

 

 

Categories: *Peribadi*

PeRtEmUaN DgN pEnYeLaRaS

August 1, 2009 ijalida Leave a comment

Assalamualaikum w.b.t

Pagi nie teman bangun awal coz nak kena down server dan after that ada perjumpaan dengan Penyelaras dan Penyelia untuk projek PSM1 di UTM tempat teman belajar. So awal2 lg teman dh bangun untuk menjalankan amanah yang diberi dan perjumpaan dengan penyelaras bagi mengetahui siapa penyelia untuk Projek PSM1. Bagi Projek ini, Sistem yg akan dibangunkan masih lagi belum difikirkan lagi, maybe dlm waktu terdekat ini teman akan decide. So masih ada lagi masa untuk berfikir dan mencari idea. Projek ini adalah secara individu dan 5 kali pertemuan akan dibuat dengan penyelia yang telah pun dipilih oleh penyelaras projek. Untuk seorang Penyelia, 5 orang pelajar wajib dibawahnya. So segala permasalahan boleh dirujuk dengan penyelia. Teman harap teman dapat buat yang terbaik untuk projek ini. Insyaallah
Wasalam.

Categories: *Peribadi*