Archive

Archive for July, 2009

InCoMe SeMaKiN BeRtAmBaH!!

July 30, 2009 ijalida 3 comments

As salam.. Pagi tadi teman buka teman punya akaun & teman terkejut gaban coz teman tgk duit teman semakin bertambah dan tk sangka minggu nie teman dpt tambahan lg 2k dan tk sampai sebulan pendapatan teman dh pun cecah 4k.. Ini satu perkembangan positif dan teman rasa spt mimpi pulak kalau nk kira gaji teman sebulan pun tk sampai macam ni punya angka. Rasa spt tak percaya pulak tapi nak tak nak kena percaya gak. tengahari esok teman nk transfer duit ke akaun bank teman dan nk simpan dlm akaun ASB utk simpanan teman nanti.. Emm lepas ni apa yg teman impikan pasti akan jadi kenyataan dan teman ada target dlm masa 3 bulan ini harap dapat capai 30k.. harap Tuhan permudahkan segala urusan dan perjalanan teman hendaknya. Wassalam.

Categories: *Peribadi*

Tima Kaceh Score A!!!!!!!!

July 26, 2009 ijalida 3 comments

As salam .. Terlebih dahulu nk kongsi sedikit ttg kursus yg teman hadiri pagi tadi yg bermula pd 930pagi hingga 1230tgh. Kursus yg teman hadiri adalah mengenai bagaimana ingin menjadi usahawan pendidikan yg berjaya.. byk juga yg teman dapat  ilmu yg berkesan utk teman ketengahkan nanti apabila bertemu dgn prospek teman.. Alhamdulilah mudah-mudahan Allah akan berkati usaha dan kerja keras teman ketika ini dan seterusnya. Boleh dikatakan pada mulanya teman tidak percaya tp setelah melihat dan masuk program Score A ini alhamdulilah baru 2 minggu pendapatan teman dh 2k. Sungguh tk percaya!! tapi ini adalah usaha keras teman.. dan sokongan dari isteri dan anak teman. Bukan teman yang hebat  tapi  SCORE A yang SuperB!!. Berkenaan dgn kursus tadi banyak tips2 yg diberi kepada teman seperti kekuatan produk Score A Programme , Persediaan dan kekuatan 6P, 10 tips menetapkan matlamat  dan kekuatan utk berjaya. Tapi part yang paling menarik  ialah 3 kategori manusia yg jumpa peluang iaitu :

(i) Hanya melihat peluang datang dan biarkan ia berlalu pergi begitu sahaja.

(ii) Bingung melihat peluang datang secara tiba-tiba.

(iii) Sentiasa ambil tahu dan rebut peluang yang ada di depan mata.

So, teman ambil peluang yang ketiga..  dan teman rasa teman bersyukur kerana tidak melepaskan peluang tersebut dan teman akan teruskan apa yg teman telah usahakan dan tidak akan berpatahbalik.. dan teman pun ada impian dalam masa 3 bulan ini, dan telah pun teman setkan di minda teman bahawa teman tidak berangan2 dan akan  buktikan pada mereka. Teman masih ingat kata-kata Profesor Dr Hamka ini ” Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba.. datang tidak menetu masa.. datang di saat kita kesempitan.. atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan bijaksana. Rebutlah peluang yang besar  itu kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yg besar itu”

So, renungkanlah..

Wasalam…

Categories: *Peribadi*

7 PeRkArA JgN LaKuKaN SeLePaS MkN

July 20, 2009 ijalida 2 comments

As Salam.. ok di sini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk kengkawan yg setia dgn Blog saya ini. Iaitu 7 perkara yg kengkawan biasa buat selepas mkn.. hi.hi. Takpe renung dan amalkan tips di bawah ni..

(1) Jgn Merokok

- Menurut Pakar , menghisap sbtg rokok selepas mkn akan memberi peluang mendpt kanser lebih tinggi

(2) Jgn Mkn Buah-buahan

- Mkn buah-buahan selepas mkn akan menyebabkan perut menjadi kembung. Seeloknya, mkn buahan setengah jam atau satu jam sblm jamah hidangan.

(3) Jgn Minum Teh

- Daun teh mengandungi asid yg tinggi & menyebabkan kandungan protein dlm makanan yg diambil sukar utk dicernakan.

(4) Jgn Mandi

- Mandi menyebabkan peningkatan aliran darah di sekitar perut & lemahkan sistem hadam dlm perut

(5) Jgn Berjalan

- Ada sesetengah mengatakan after eat, perlu melangkah sbyk 100 x & akan hidup 99 tahun. Sebenarnya, berjalan boleh sebabkan sistem penghadaman tdk dpt menyerap pemakanan yg diambil.

dan yg terakhir sekali,

(6) Jangan Tidur

- Makanan yg diambil tdk mampu mencerna dgn betul & boleh mengakibatkan gastrik.

So, selepas ini harap-harap kengkawan praktiskan lah yek. Wasalam

Categories: Uncategorized Tags:

iLmU IbArAt LaMpU..

July 14, 2009 ijalida Leave a comment

Eh!!  tentu kita pernah tertanya-tanya, mengapa ada segelintir yg berpendidikan tinggi, tetapi ha… ada tapi lagi, akhlaknya nauzubillah min zalik tidak mencerminkan dia seorang yg berpelajaran? Mengapa ada org yg hanya bersekolah setakat seadanya shj tetapi dia menunjukkan  keperibadian yg sgt luhur?

Namun, kita juga perlu ingat 2 perkara, sekiranya ilmu yg diamalkan ibarat lampu yg m’berikan sinar,yg mampu menerangi diri sendiri & org lain. Sebaliknya ilmu yg tdk diamalkan, ibarat spt lampu yg rosak, yg sekadar jadi hiasan langit2 kediaman tetapi tdk berfungsi.

Emm… barangkali hal ini sama seperti sabda rasulullah yg diriwayatkan Ahmad yg bermaksud, ” Perumpamaan org yg berilmu di atas muka bumi ini ibarat bintang bergermerlapan yg terang benderang di sisi gugusan bintang dan cakerawala yg lain menerangi kegelapan di daratan dan lautan. Apabila bintang itu tdk bergermerlapan hampir2 menyebabkan manusia tersesat dan tersasar daripada matlamatnya.”

so, ilmu itu utk diamalkan & dikongsi dgn org lain yg memerlukan. Maka kerana itu, org yg berilmu(menghayati serta mengamalkan ilmunya) sgt dipandang tinggi, malah termasuk dlm kategori org yg dipuji Allah.

Maka, kalau direnung kembali, dimanakah kita? adakah kita termasuk dalam kategori lampu yg rosak atau lampu yg berfungsi? Nauzubillah.. renung-renungkanlah…wasalam..

Categories: Uncategorized Tags:

Di SeBaLiK KeLeMaHaN WaNiTa

July 13, 2009 ijalida Leave a comment

Dari Abdullah Bin Umar katanya, Rasulullah tlh bersabda. ” Wahai kaum wanita bersedekahlah kamu dan banyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka,”

Seorang wanita yang cukup pintar diantara mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yg lebih ramai menjadi penghuni neraka?” Rasulullah bersabda, ” kamu banyak mengutuk dan menginkari suami.Aku tdk melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yg lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.” Wanita itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, apakah maksud kekurangan akal & agama itu?” Rasulullah bersabda, “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua org wanita sama dgn penyaksian seorang lelaki. Inilah yg dikatakan kekurangan akal.Begitu juga wanita tdk mendirikan sembahyang pd malam-malam yg dilaluinya kemudian berbuka pd bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yg dikatakan kekurangan agama. ” (Riwayat Muslim)

(i) Wanita dr asal kejadiannya(fitrahnya) mmg telah diciptakan berlainan & berbeza dgn lelaki.Kelainan itu tentu ada maksud dan tujuannya yg tertentu.Lemahnya agama bg golongan wanita tdk harus dijadikan alasan utk memadamkan semangat dlm beribadah.

(ii) Ini kerana pd saat seseorang itu haid atau nifas (mereka tdk dpt menjalankan ibadah solah & puasa), mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadahlain yg berpahalayg dpt mendekatkan diri pd Allah spt bersedekah & beristighfar.

(iii) Wanita dikatakan kurang(lemah) akalnya krn fikiran mereka mudah sekali terpengaruh,tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dgn byk nafsu dan lazimnya mereka tdk berfikir lebih panjang & bersifat emosianal.

(iv) Oleh itu dlm hal pengadilan, Islam lebih mengutamakan lelaki.Tetapi dlm hal yg lain, Islam sama sekali tdk menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yg mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn kaum lelaki. Yang membezakan anatara makhluk Allah, tidak lain hanyalah nilai ketakwaan mereka.

Categories: Uncategorized

WiNdOwS 7 dLm Xp

July 12, 2009 ijalida Leave a comment

Disini teman nak berkongsi dengan kengkawan sekiranya  kengkawan ingin menikmati aura windows 7 dlm XP mai dengar serba sedikit apa yang teman nk kongsi nie..hi.hi. emm blm puas pun org ramai diluar sana bermain2 dgn Windows Vista,  Microsoft cuba mengoda dgn ciptaan terbaharunya iaitu Windows 7. tentu pernah dgr bkn? so, tentu ada kengkawan diluar sana terliur utk memilikinya bkn?  tp sesetengah org pula, hanya terpikat tetapi belum pasti lagi akan membeli OS terbaharu ini. So, sementara kengkawan menanti kelahiran windows 7 ni, kengkawan boleh mencuba perisian se7en remix 2.0 yg boleh m’berikan aura windows 7 dlm XP. Apabila perisian ini digunakan, kengkawan seolah-olah membuat pembedahan plastik terhadap rupa bentuk XP yg sedia ada je ( lebih krg cam org buat pembedahan plastik kat muka dia)  so, hasilnya sistem kengkawan memiliki rupa paras windows 7 yg lebih cantik sdgkan segala isi  & badannya masih windows Xp. Apabila kengkawan melakukan pengujian sendiri operasi  dan hasilnya dipertontonkan. Emm.. boleh jadi ada yg terpukau apabila m’lihatnya. Hakikatnya, perisian ini cuma menukar fail2 grafik Windows 7. Ringkasnya kengkawan patut mencuba sendiri utk merasai kelainannya. Mengenai info perisian ini, ia menyokong pelbagai versi windows  termasuk windows Xp & Vista . So, perisian ini adlh freeware & bersaiz 30 MB shj. Kengkawan boleh mendownload perisian ini di tapak pemajunya di http://niwradsoft.blogspot.com atau sumber lain yg seumpamanya.

Categories: Uncategorized

Peperiksaan Bermula!!!

July 9, 2009 ijalida Leave a comment

Hari nie bermulalah perjuangan teman.. emm. rasanya nk abis cepat je.. hari nie peperiksaan bermula jam 230ptg di bangunan yayasan selangor. so aku dh ready untuk jawab kesemua soalan. insyaallah harap semuanya berjalan lancar. Emm.. teringat aku dengan konteks kefahaman  yang dikaitkan dgn ilmu pengetahuan bahawa dengan ilmu manusa dapat memahami hakikat diri, hakikat manusia, hakikat alam dan hakikat tuhan maha pencipta… wasalam.

Categories: Uncategorized

Tips Merancang Kewangan

July 3, 2009 ijalida 3 comments

Emm… Agak-agak korang tentu ada angan-angan nak beli kereta idaman kan.. tapi budget tak cukup plak so niat pun terbantut. Fikir-fikir balik tolak hutang tu hutang ini  tk cukup  plak nak bayar, so harap sebelum nk beli sesuatu tue kita kena rancang perbelanjaan ke atau macam mana nk tambah pendapatan agar apa yang di hajati akan tercapai. di bawah nie aku ada sertakan tips-tips merancang kewangan itu pun kalau korang semua nak praktikkan. harap berjaya yek..

 

Dalam mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan khususnya untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga bukanlah sesuatu yang sukar untuk diadaptasikan di dalam kehidupan kita seharian. Memang ada di antara segelintir kita yang ‘tahu’ iaitu mempunyai pengetahuan dalam mengurus kewangan dan mengawal perbelanjaan seharian mereka, namun masih ada juga di antara kita yang ‘malas’ untuk mengadaptasikannya atau melaksanakannya dalam kehidupan seharian kita. Pendek kata, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Tapi bagi kalian yang masih tergapai-gapai dan tertanya-tanya apakah ‘konsep asas’ dalam pengurusan kewangan dan mengawal perbelanjaan. Teruskanlah membaca! Kalian boleh mengambil tips-tips di bawah ini dan seterusnya mengadaptasikan atau mempratikkan ia di dalam kehidupan seharian kalian.

 

 

Tips 1 : Menentukan matlamat kewangan

‘Matlamat’ atau dalam istilah lainnya ‘target’ kalian. Samalah konsepnya seperti zaman kita belajar dulu-dulu. Misal kata, semasa di universiti masing-masing mempunyai target atau matlamat untuk mencapai 3 pointer ke atas, begitu jugalah konsepnya di dalam menentukan matlamat kewangan kita. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan!

Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :
~ menyambung pelajaran;
~ membeli sebuah rumah;
~ berkahwin;
~ berbulan madu;
~ perbelanjaan rumahtangga;
~ pendidikan anak-anak;
~ mengerjakan ibadah Haji;
~ perbelanjaan sewaktu persaraan;

- Beli kereta idaman
~ dan banyak lagi!

 Jelasnya di sini ialah kita telah nampak apakah matlamat kewangan kita. Apabila kita sudah nampak akan matlamat kewangan kita, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Seterusnya kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita mencapai matlamat kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang pendek, sederhana atau pun panjang. Contohnya, Amran merancang untuk mengerjakan ibadah Haji untuk 3 tahun akan datang. Jadi Amran terus melakukan simpanan yang lebih ke dalam akaun Tabung Haji beliau demi untuk mencapai matlamat tersebut.

Tips 2 : Mengawasi Tabiat Berbelanja

Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan! Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata! Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah diubah!

Tips 3 : Menulis Rancangan atau Pelan Perbelanjaan

Ramai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk mengamalkannya. Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada. Kemudiannya, bila nampak saja duit yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan simpanan.

Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila terima saja duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita tadi dibelanjakan/digunakan.

Tips 4 : Menyimpan Terlebih Dahulu Sebelum Berbelanja

Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah :
Pendapatan – Simpanan = Hutang + Perbelanjaan

Dan bukannya :
Pendapatan – (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan

Maksudnya di sini ialah setiap kali memperolehi gaji bulanan sepatutnya yang diutamakan terlebih dahulu adalah melakukan simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.

Tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit gaji. Ianya terus digunakan untuk untuk membayar hutang dan berbelanja. Tetapi di dalam melakukan simpanan pulak, ianya dikecualikan. Itupun kalau ada duit yang lebih, barulah nak menyimpan. Ini adalah konsep yang salah sebenarnya.

Tips 5 : Fikirkanlah Masa Hadapan!

Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan itu tidaklah penting. Kita telah silap! Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ia pastinya mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan.

Bayangkan, tahun hadapan kalian ingin melansungkan perkahwinan. Kemudian barulah kalian ‘tersedar’ bahawa kalian lansung tidak pernah menyimpan atau menyediakan sebarang bajet (matlamat kewangan) untuk tujuan tersebut. Akhirnya, kalian terpaksa melakukan personal loan atau pinjaman peribadi melalui bank untuk tujuan tersebut.

Mungkin kalian merasakan ini adalah jalan yang singkat untuk mencapai matlamat tersebut! Jangan silap! Ingat, sekiranya kalian telah berumahtangga maka semakin banyaklah tanggungjawab yang bakal dipikul. Mahukah kalian menambah bebanan tanggungjawab yang bakal dihadapi dengan bebanan hutang-hutang yang sedia ada?

Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya.

Diharapkan dengan tips-tips yang ringkas ini dapatlah kiranya memberi panduan kepada kalian semua mengenai ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan. Yang penting di sini adalah mempratikkan apa yang telah disampaikan tadi. Jika kita merasakan selama ini kita agak boros dalam berbelanja, maka inilah masanya untuk kita berubah! Ingat, yang rugi nanti bukannya orang lain tapi diri kita sendiri. Sesungguhnya, tiada siapa yang mampu untuk mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri!

ALLAH Subhana Wa Ta’ala berfirman : “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
[Surah Ar-R’ad, Ayat 11]

 

Kereta Idaman

Kereta Idaman

So selepas korang baca tips-tips tersebut mungkin apa yang dihajati akan tercapai..hi.hi
Categories: Uncategorized

“Minggu peperiksaan semakin hampir”

July 2, 2009 ijalida 3 comments

Emm.. peperiksaan pun semakin hampir time tu la aku mula takut nak hadapinya.. tp takpe insyaallah allah akan permudahkan semua urusan hamba-hambanya sekiranya hambanya berusaha dan bertawakal kepadanya. So minggu depan minggu untuk aku berjuang utk menghadapi ujian ini.. tak baca ape lagi nih start sabtu ni aku kena start buat revision ape yang patut.. he.he.. tarikh 9/07/2009(khamis). Semoga berjaya hendaknya..he.he..

Categories: Uncategorized

1Store

July 2, 2009 ijalida 2 comments

Pagi nie saya ada terbaca dalam akhbar dimana Maxis Communication berhad akan melancarkan produk terbarunya 1Store iaitu kandungan mudah alih atau mobile content. Ini bg memudahkan pelanggan memeriksa, meneroka aplikasi baru dan membeli kandungan untuk digunakan dlm telefon mudah alih mereka. Bagus jugak yek.. selain itu tujuan maxis 1Store direka utk mewujudkan ekosistem mapan & maju yg boleh percepatkan pertumbuhan kandunganmudah alih dan aplikasi di Malaysia. Antara kandungan aplikasi tersebut adalah Opera Mini, sms 2.0, Google  Maps, My Potez & jurnal Okhlas Maxis . Untuk pengetahuan anda Maxis akan bekerjasama dgn suruhanjaya Multimedia dalam menjaya kan program yang akan bermula pada julai ini hingga Disember nanti. Emm selain Kedai aplikasi ini akan dibuka kepada pembangun utk memuat naik aplikasi yg mereka bangunkan bersama kit pembangunan perisian yg disediakan utk membantu membangunkan  aplikasi menggunakan ciri-ciri rangkaian maxis dlm masa 12 bulan akan dtg.. emm bagus juga dan saya berharap Malaysia nanti akan menjadi hub untuk pembangunan aplikasi serantau..

Categories: Uncategorized